Baru-baru ini kami telah berkesempatan untuk merasai beberapa hidangan istimewa di Magnum KL yang bertempat di Mid Valley Megamall.
Sebelum bercerita dengan lebih lanjut mengenai hidangan istimewa yang mereka sajikan, adalah baik kiranya kami kongsikan serba sedikit tentang Kafe Magnum KL terlebih dahulu.
Apabila menjejakkan kaki ke dalam Magnum KL, pengunjung dapat menyaksikan hiasan dalamannya yang sangat menarik, berunsur kontemporari, bergaya dan penuh dengan seni. Ia adalah Store Magnum Pleasure yang pertama di dunia dengan dua bar infiniti membolehkan pencari keseronokan untuk mencipta masa peribadi menyeronokkan, dipanggil Make My Magnum.
Pada harga RM9.90, pelanggan boleh menyesuaikan aiskrim mereka dengan memilih pilihan aiskrim Magnum yang disediakan, sebelum memilih pelbagai jenis lapisan, topping dan drizzles yang pelbagai. Di Magnum KL Infinity Bar, 250,000 ciptaan Make My Magnum mampu dihasilkan.
Baca: Rasai Kepelbagaian Dessert Aiskrim Unik di Magnum Kuala Lumpur
Berikut merupakan 4 hidangan popular di Magnum KL yang sempat kami rasai, dan sudah semestinya kami syorkan kepada anda semua untuk mencuba hidangan tersebut sekiranya anda berkesempatan untuk singgah di Magnum KL.
Cuchara Fries
Chip kentang rangup yang dipotong dengan potongan melengkung ini dihidangkan bersama sos cili dan cheezy dips. Hidangan ini merupakan kegemaran kami kerana tekstur kentang gorengnya yang rangup. Potongan kentang dalam bentuk melengkup (cuchara merupakan perkataan yang diambil dari Bahasa Sepanyol yang bermaksud sudu) adalah sangat unik pada pandangan kami, kerana ia memudahkan pengambilan sosnya yang enak.
Aglio Olio with Shrimps
Spaghetti yang dimasak bersama bawang putih, cili padi dan minyak zaitun ini merupakan hasil inovasi chef di Magnum KL yang ingin menyesuaikan makanan Itali dengan citarasa tempatan. Mereka telah menggantikan chilli flakes dengan cili padi yang menambahkan kekuatan rasa pedas, bersesuaian dengan citarasa masyarakat Malaysia. Spaghetti ini didatangkan dalam saiz hidangan regular ataupun sharing (yang boleh dikongsi bersama 2 hingga 3 orang).
Magnum Zen Cheesecake
Hidangan pencuci mulut ini menggabungkan aiskrim Magnum, kek keju Jepun, buah strawberi, kepingan kek span teh hijau, sos strawberi, raspberi yang dihancurkan dan taburan hazelnut. Apabila kesemua itu digabungkan ke dalam mulut, sememangnya ia memberikan suatu keseronokan yang tidak terhingga! Pasti mahukan lagi.
Magnum Death by Chocolate
Hidangan pencuci mulut yang kedua ini pula merupakan kek coklat lava yang dihidangkan bersama aiskrim Magnum, brownies coklat dan pearl coklat. Ia sangat sesuai buat mereka yang gemarkan coklat, kerana hidangan ini kaya dengan rasa coklat yang pekat, dan boleh dikongsi bersama yang tersayang.
Minuman Coklat
Tidak sah kiranya tidak merasai minuman coklat di Magnum KL! Ia didatangkan dalam bentuk panas dan juga sejuk. Minuman coklat ini pasti akan melegakan kering tekak anda.
Jadi apa yang ditunggu lagi? Jom serbu Magnum KL sekarang juga!