Lipat baju! Siapa sangkat perkhidmatan mudah begini pun boleh dijadikan salah satu mata pencarian? Baru-baru ini, sebuah syarikat telah menawarkan Servis Lipat Kain (SLK) yang menyasarkan untuk mempunyai 140 ejen utama di seluruh negara. Guru Niaga Enterprise merupakan syarikat pertama yang menawarkan perkhidmatan melipat kain, berikutan kesibukan kalangan isi rumah terutama membabitkan wanita berkerjaya.
Yang menariknya mereka kini mempunyai 13 ejen di Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Terengganu dan Melaka yang beroperasi sepenuhnya sejak perkhidmatan ini dikomersialkan tidak termasuk 80 permohonan baharu untuk menjadi ejen dari seluruh negara. Guru Niaga Enterprise beribu pejabat di Station 18, Lahat, Ipoh, Perak dan menggunakan medium sosial termasuk Facebook untuk mempromosikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh negara.
Peluang pekerjaan
- Bagi golongan suri rumah serta lepasan sekolah , mereka digalakkan untuk menjadi ejen kerana khidmat itu mampu menjana pendapatan lumayan kepada mereka.
- Ada yang mampu menjana pendapatan empat angka sebulan dan menerima tempahan sekurang-kurangnya 250 kilogram pakaian dalam tempoh dua minggu.
Harga
- Bayaran RM2 bagi setiap kilogram pakaian dan tiada caj dikenakan bagi setiap pengambilan pakaian dari rumah pelanggan.
- Caj hanya dikenakan bagi penghantaran pakaian mengikut lokasi yang ditetapkan.