Nak menang pakej percutian ke Bali atau Korea? Sertai kempen promosi akhir tahun oleh LG yang bertemakan ‘To Go Travel’. Ini adalah merupakan salah satu inisiatif pihak LG Electronics (M) Sdn Bhd memberi ganjaran kepada para pelanggan sejatinya.
Dengan setiap pembelian produk perkakas rumah LG terpilih, para pelanggan berpeluang memenangi pakej percutian ke Bali, manakala untuk barangan produk hiburan rumah, pelanggan pula berpeluang memenangi pakej percutian ke Korea.
“Kami begitu teruja untuk mengumumkan produk inovasi yang telah banyak memenangi anugerah malah terkenal diseluruh dunia. Bukan itu sahaja, kami juga akan terus komited memberikan kepuasan serta memenuhi keperluan isi rumah para pelanggan di Malaysia. Promosi tahun ini bakal menghantar para pemenang bertuah ke Bali dan Korea bagi menghabiskan masa cuti akhir tahun mereka”, jelas David Oh, Pengarah Urusan, LG Electronics Malaysia.
Antara produk perkakas rumah yang bisa membuka peluang keemasan untuk anda ke Bali adalah Peti Sejuk LG Door-in-Door, Mesin basuh dua pintu (dihadapan dan diatas), pembersih vakum dan penghawa dingin.
Untuk percutian ke Korea pula, antara barangan hiburan rumah seisi keluarga yang terlibat termasuk televisyen LG OLED, Televisyen LG Super UHD dan Televisyen LG Ultra HD. Untuk pengetahuan anda, Televisyen LG OLED telah berjaya merangkul anugerah sebagai ‘Best Television of then Year’ dan ‘Best Smart TV Platform’ seperti yang disenarai oleh Reviewed.com Amerika Syarikat.
Tidak cukup dengan hanya pakej percutian ke Korea, pemenang juga akan membawa pulang Televisyen LG SUPER UHD dan sehingga 10 unit pembesar suara LG Bluetooth mudah alih untuk mereka yang bertuah! Cepat sertai kempen promosi akhir tahun LG!
Untuk menyertai, pelanggan perlu melengkapkan borang berserta slogan paling kreatif. Borang boleh didapati di semua cawangan/kedai elektronik yang terlibat seluruh Malaysia.
Apabila selesai, pelanggan boleh menghantar borang mereka disertakan dengan resit pembelian dan kad jaminan (warranty card) kepada:
LG ELECTRONICS (M) SDN BHD,
A-08-01, Level 8, Block A, PJ8,
No 23, Jalan Barat, Seksyen 8,
46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Peraduan ini sah dari 20 November 2015 hingga 31 Disember 2015. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lg.com/my atau kunjungi Facebook rasmi LG Malaysia www.facebook.com/LGEMalaysia