McDonald’s Malaysia menerusi kempen ‘Discover the World’ kini kembali buat kali kedua membawakan cita rasa tempatan dengan memperkenalkan Burger Syok yang boleh didapati mulai 22 Ogos hingga 16 September 2016. Kempen ‘Discover the World’ membawakan kemeriahan suasana dan cita rasa istimewa dari pelbagai lokasi di seluruh dunia ke restoran McDonald’s seluruh negara.
Diinspirasikan daripada keistimewaan dalam kepelbagaian yang sinonim dengan rakyat Malaysia; Burger Syok meraikan sesuatu yang dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia – kegemaran untuk apa sahaja hidangan yang pedas. Burger Syok McDonald’s adalah hidangan lazat dengan gandingan isi paha ayam panggang empuk, limpahan sos Syok pedas dan sayur campuran segar yang diapit dengan roti bijan.
Sempena dengan pelancaran Burger Syok, McDonald’s turut bekerjasama dengan kartunis terkenal tanahair, Datuk Lat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan semasa menikmati Burger Syok. Di samping meraikan keunikan dan kepelbagaian di Malaysia, kerjasama ini bakal menampilkan karya Datuk Lat di rangkaian restoran McDonald’s seluruh negara termasuklah menjadi tema untuk kotak bungkusan Burger Syok.
Burger Syok boleh didapati dengan harga RM11.95 (Ala Carte) dan RM14.99 (Set McValue Regular – dengan kentang goreng dan Frozen Fanta). Maklumat lanjut, layari http://www.mcdonalds.com.my/.