Pembaca mungkin masih lagi berada di dalam mood raya kan? Ha, pelakon dan juga penyanyi Maya Karin juga mempunyai sebuah lagu raya berjudul ‘Pulang’ yang telah dirakamkan pada tahun lepas. Lagu yang diberi tajuk ‘Pulang’ ini mengisahkan tentang perjalanan anak muda untuk pulang ke kampung setelah setahun berada di kota membanting tulang untuk mencari rezeki. Jika dihayati lirik didalam lagu yang berdurasi selama 3:35 ini, nyata mempunyai maksud yang tersirat dan diiringi oleh lagu berentak klasik yang membuatkan ianya mudah diingati dan dinyanyikan bersama.
Lagu yang berentak klasik dan catchy ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Omar K. Jadi, kepada peminat Maya Karin yang belum mendengar lagu raya berjudul ‘Pulang’ sempena Hari Raya Aidilfitri ini, jom kita dengarkan bersama. Maya turut menampilkan ahli keluarganya di dalam muzik video ini dan ia telah dirakamkan di kediaman Maya Karin sendiri.
Kini, teristimewa untuk semua peminat setia Maya Karin, anda boleh menyaksikan sendiri muzik video raya Maya Karin buat pertama kalinya yang bertajuk “Pulang” hanya di YouTube Warner Music Malaysia.
PULANG
Senilagu & Senikata : Omar K.
Tiba Hari Raya, hiba tak terkata
Terkenangkan masa dengan bonda
Waktu kita bersama, bersuka dan duka
Pagi Aidilfitri usah tugas lagi
Setahun lama membanting tulang
Masa untuk kembali
Pulang lekas pulang
Janganlah kita tinggal seorang
Pulang lekas pulang
Ke pangkuan mereka tersayang
Tiba Hari Raya, risau dalam jiwa
Memikir sengketa keluarga yang bertahun lamanya
Tak mungkin dilupa
Pagi Aidilfitri usah kenang lagi
Sejarah hitam lama hidup mu
Mereka kan mengampun
Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri
Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang
Marilah kita berjabat tangan dan bermaaf-maafan
Bahagia di hari lebaran
Hari yang mulia
Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri
Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang