Bagi yang gemar bersolek, semestinya jenama Urban Decay tidak asing lagi bagi anda. Di dalam koleksi Sephora Holiday Collection 2014, Urban Decay telah menampilkan beberapa produk baru yang lebih menarik.
Palet solekan mata terkini dari Urban Decay : Vice3
Vice3 mempunyai 20 warna berbeza dengan warna ‘baharu’ yang belum lagi terdapat di mana-mana termasuklah warna merah-hitam dan juga hitam lembut. Berbanding palet Vice sebelum ini, Vice3 mempunyai perincian berbentuk permata, cermin yang lebih besar dan double-ended brush. Yang paling menarik adalah beg sepadan dengan palet solekan itu juga!
Setiap warna mempunyai kemasan metalik yang memberikan pesona pada mata si pemakai. Warna juga diatur dengan rapi iaitu neutral di sebelah kiri, tona permata di bahagian tengah manakala smokey di bahagian kanan. Setiap palet beserta beg dan berus dijual pada harga RM200 setiap satu di Sephora Malaysia.
VICE3 mengandungi warna :
- TRUTH – pale pink-nude matte
- DRAGON – bright metallic green shimmer
- VANITY – smoky metallic eggplant with multidimensional micro-glitter
- ALIEN – pink-peach with golden shift
- LAST SIN – champagne shimmer with silver micro-glitter
- UNDONE – pink-beige matte-satin with subtle floating tonal pearl
- FREEZE – metallic medium blue with multidimensional micro-glitter
- LUCKY – metallic bronze
- ALCHEMY – deep fuchsia satin
- ANGEL – light taupe with silver micro-glitter
- DOWNFALL – warm light brown matte
- HEROINE – deep navy blue with subtle floating tonal pearl
- REIGN – rich brown satin
- BONDAGE – deep, smoky burgundy shimmer
- DEFY – smoky taupe satin
- DTF – taupe matte with subtle floating pearl
- BROKEDOWN – metallic golden brown shimmer with gold micro-glitter
- BOBBY DAZZLE – metallic white with pale gold microglitter
- SONIC – metallic red-copper
- REVOLVER – soft black satin with subtle floating iridescent pearl
Black Magic 24/7 Glide-On Eye Pencil Set
Pensel mata ini mempunyai dua warna di kedua-dua penghujung pensel. Ia juga menggunakan formula kalis air 24/7 dan dipadankan dengan pensel mata berwarna hitam. Setiap set juga didatangkan dengan 4 batang pensel mata dengan warna berbeza yang boleh dipadankan mengikut mood si pemakai.
Mengandungi :
- ZERO + DEMOLITION – zealous black cream + deep brown matte
- BLACK VELVET + SMOKE – rich, smoky black matte + deepest gray matte
- BLACK MARKET + TORNADO – charcoal black satin + dark eggplant pearl
- PERVERSION + LSD – blackest black matte + navy shimmer with bright turquoise micro-sparkle
Urban Decay Naked2 Basics
Palet UD Naked2 ini mengandungi 6 warna berbeza tetapi menggunakan elemen TAUPE-hued matte berskala neutral termasuklah lima warna lain dari yang lain. Semasa pengeluar alat solek yang lain menjual alat solekan mata matte yang lebih berdebu ataupun seperti kapur, setiap warna di dalam UD Naked2 ini mempunyai kemasan lembut seperti mentega yang disapukan ke atas mata, dan tidak berdebu. Palet ini juga mengandungi kemasan satin iaitu Skimp yang sesuai untuk tujuan memberikan dimensi dan memberikan sorotan pada mata. Harga RM103 setiap satu palet.
Naked2 mengandungi :
- SKIMP – pale nude satin
- STARK – nude-pink matte
- FRISK – warm gray matte
- COVER – muted red-brown matte
- PRIMAL – muted brown matte
- UNDONE – deep, smoky brown matte
Palet Urban Decay Shadow Box
Bagi anda yang selalu mengembara dan ingin tampil cantik, apakata anda cuba gunakan Palet Urban Decay Shadow Box ini? Palet yang mengandungi 12 warna berbeza ini bersaiz sederhana dan sesuai dibawa ke mana sahaja. Warna-warnanya punya didatangkan dengan tona yang berbeza termasuklah tona pudar,gelap, matte dan juga berkilau. Harga : RM120 setiap palet.
- SIN – champagne shimmer
- INDO – bright metallic emerald green shimmer
- BORDELLO – pale mauve shimmer with gold micro-glitter
- TORNADO – vibrant deep purple shimmer
- SMOG – deep coppery bronze shimmer
- BLACKOUT – blackest black matte
- FLASH – bright iridescent purple shimmer
- MUSHROOM – warm gray shimmer
- LOST – medium metallic brown shimmer
- FREELOVE – golden vibrant peach shimmer
- MOONSHADOW – bright navy blue shimmer with tonal sparkle
- BAKED COWBOY – golden bronze shimmer with tonal sparkle
Naked Illuminated Shimmering Powder for Face and Body
Jika anda inginkan wajah yang lebih berseri-seri dan menawan, anda boleh menggunakan Naked Illuminated Shimmering Powder for Face and Body sebagai kemasan akhir selepas bersolek. Bedak ringan ini mempunyai kilauan microfine yang memberikan impak berseri bak Jlo pada wajah anda. Hanya sapukan bedak ini pada wajah anda menggunakan berus yang disediakan! Harga : RM99
Dua warna berbeza :
- LUMINOUS – champagne shimmer with iridescent shimmer
- AURA – soft pink shimmer with golden iridescent sparkle
Naked Basics Double-Ended Brush
Selepas melancarkan palet Naked Basics, para pengguna meminta UD mencipta berus yang sesuai digunakan bersama palet solekan mata mereka. Jadi untuk memuaskan hati pelanggan, UD telah mencipta berus dua mata iaitu mempunyai berus di setiap penghujung. Ianya sangat versatil dan didatangkan dengan dua jenis berus berbeza iaitu shadow blender brush dan shadow smudger brush. Anda hanya perlu meletakkan warna solekan pada mata, gunakan berus ini dan ratakan rona warna sehingga sekata. Harga RM63.