Masalah hapak pada pakaian anda? Paling memalukan bila orang di sebelah anda asyik memandang anda sehinggakan menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau hapak di baju anda. Memakai pakaian yang berbau hapak boleh menyebabkan keyakinan seseorang menurun dan menyebabkan seseorang rasa tidak selesa kerana bau yang kurang menyenangkan. Apa yang perlu dilakukan bagi selesaikan masalah ini.
Tips mudah :
1. Jemur di kawasan panas – Punca utama pakaian berbau hapak adalah kerana ia tidak kering dengan sempurna. Oleh itu, jemur di kawasan yang panas agar segala kelembapan yang masih ada menjadi kering. Proses ini juga dapat membantu membunuh bakteria atau kuman punca bau hapak mati akibat terik matahari.
2. Jangan sesekali sembur pewangi – Mungkin ada yang fikir inilah caranya bagi menghilangkan bau hapak tetapi ternyata anda salah. Sebenarnya semua itu hanya untuk sementara sahaja. Selepas beberapa jam, ia akan menyebabkan bau hapak semakin teruk kerana bercampur bau dengan sisa wangian yang telah kamu semburkan itu.
3. Wangi daun pandan. Berbalik kepada nature. Salah satu sebab baju berbau adalah kerana almari. Oleh itu, letakkan beberapa helai daun pandang ke dalam almari kamu. Daun pandan boleh menghilangkan bau yang terperangkap dalam almari.
4. Rendam semula – Kemungkinan baju yang kamu basuh itu masih tidak bersih dan kotoran masih melekat terutamanya di bahagian yang tersembunyi seperti di bawah kolar baju, celah bawah lengan dan kawasan pergelangan tangan. Penyelesaiannya, rendamkan sebaldi air yang berisi air sabun kemudian celupkan pakaian sehingga bau sabun melekat di pakaian.
5. Kuasa bedak tabur – Guna bedak tabur yang tiada pewangi di pakaian. Kemudian, bungkuskan ia di dalam plastik dan biarkan selama beberapa minggu. Lama-kelamaan bau hapak yang melekat di baju akan hilang kerana telah diserap oleh bedak tersebut.
Baca – 11 Kegunaan Bedak Bayi Yang Anda Mungkin Tidak Tahu …