Setiap negara, malahan daerah atau negeri dalam setiap negara mempunyai identiti makanan yang berbeza. Mungkin kita membezakan sesuatu negara atau kawasan berdasarkan budaya masing-masing yang tersendiri, namun hakikatnya, masakan atau hidangan unik yang ada pada sesuatu tempat itu turut mendapat perhatian ramai.
Nak tahu 6 jenis masakan / hidangan unik dan berbeza yang menjadi kesukaan ramai seluruh dunia? Nah, kami senaraikan:
1) Masakan Itali
Masakan authentic Itali merangkumi pizza dan pasta. Orang Itali telah popularkan masakan tersebut yang terkenal dengan hidangan yang cukup kaya dengan aroma dan rasa, yang kini boleh didapati di seluruh pelusuk dunia. Itali juga terkenal dengan 400 jenis keju, disamping 300 jenis sosej yang dimiliki mereka. Resepi Itali kaya dengan asas sejarah tersendiri yang diwarisi oleh keluarga Itali.
2) Masakan Perancis
Masakan Perancis pula adalah klasik dan elegan dalam penampilan hidangan dan rasanya. Orang Perancis telah menguasai kepakaran dalam teknik kulinari sejak dahulu lagi, oleh sebab itu, pembuat pastri Perancis menghasilkan pastri, kek dan coklat yang cukup unik dan terkenal di seluruh dunia. Selain itu, keju juga boleh didapati dengan mudah di Perancis.
3) Masakan Jepun
Jepun menghasilkan rasa yang unik dalam masakan mereka. Dengan nasi, soya, sushi sebagai hidangan budaya mereka, persembahan hidangan yang klasik dan unik, dan hasil eksperimen menggunakan kepelbagaian makanan laut ke dalam hidangan mereka, telah menjadikan ibu negara mereka, Tokyo memiliki 150 restoran bertaraf dunia.
4) Masakan Thai
Penggunaan santan dan persediaan aromatik mendominasi masakan Thai. Mereka terkenal dengan hidangan nasi dan kari yang cukup menyelerakan. Hidangan Thai turut mempunyai identiti tersendiri dengan mengetengahkan bahan-bahan seperti serai, halia, madu dan daun ketumbar segar.
5) Masakan China
Masakan China menawarkan variasi bahan-bahan dan rasa yang unik dan menyelerakan. Masyarakat China mempunyai cara dan tradisi tersendiri dalam menikmati hidangan mereka iaitu dengan menggunakan chopstick. Masakan mereka yang terkenal seperti mee dan telur gulung telah terkenal di seluruh dunia sehinggakan kini, ia sangat mudah untuk didapati di mana sahaja.
6) Masakan India
Masakan India pula cukup terkenal dengan ciri-ciri desa dan rasanya yang kaya. Hidangan mereka kebiasaannya adalah pedas dan mempunyai rasa dan aroma klasik India yang cukup unik dan lain daripada masakan yang disebutkan di atas.