Marry-Kate Olsen dan Ashley Olsen adalah dua nama yang tidak asing lagi sebagai ikon fesyen. Namun pasangan adik beradik ini nampaknya telah membuktikan mereka bukan sahaja bijak bergaya dan mempunyai selera fesyen yang mengagumkan, rupa-rupanya mereka juga mempunyai bakat dalam rekaan baju.
Pasangan adik beradik ini telah mereka busana pengantin seorang kenalan lama mereka, Molly Fishkin yang berkahwin dengan pengarah dan penerbit Asher Levin. Nampaknya rekaan gaun pengantin itu memang tidak mengecewakan. Jadi mungkinkah mereka bakal menjadi pereka fesyen sepenuh masa selepas ini??
[ Sumber]