Mari beramal bersama Mahsuri! Bantu mangsa banjir dengan membeli sos Mahsuri. Pada bulan Disember 2014, kawasan Pantai Timur Malaysia telah dilanda oleh banjir terburuk sejak puluhan tahun, yang telah memusnahkan kediaman dan kehidupan serta melumpuhkan kampung-kampung yang terlibat. Sehingga hari ini, sedikit demi sedikit, mangsa-mangsa tragedi itu masih cuba untuk memulihkan kehidupan.
Sejajar dengan semangat Mahsuri untuk menyumbang semula kepada masyarakat, program Tanggungjawab Sosial Korporat Mahsuri akan berkolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan, Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk membina semula dan membaik pulih komuniti yang telah terjejas di dalam tragedi banjir itu.
Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui jenama sos Mahsuri yang terkenal dengan kualitinya, Mahsuri dengan keikhlasan sepenuh hati akan menyumbangkan 100% dari hasil jualan setiap botol rangkaian sos Mahsuri yang dijual di semua cawangan pasar raya Giant di seluruh negara dari tempoh bermula 26 Mac hingga 8 April 2015 kepada Program Desa Lestari yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM).
Untuk keterangan lanjut tentang Islamic Relief Malaysia atau Program Desa Lestari, sila kunjungi www.islamic-relief.org.my atau www.facebook/MyMahsuri