Badam bukan sahaja untuk dijadikan hidangan, ternyata ianya juga bermanfat untuk kecantikan. Kacang badam mempunyai antioksida yang tinggi serta vitamin E yang sangat baik untuk kulit. Tidak hanya itu, badam berkesan dalam mengangkat sel kulit mati, lingkaran gelap bawah mata malah dapat mengurangkan kelemumur.
1. Body Scrub
Badam boleh digunakan sebagai skrub segera untuk membersihkan kawasan tubuh secara menyeluruh. Skrub badan juga berfungsi memberikan kesan semula jadi vitamin dan kilauan pada kulit.
Bahan yang diperlukan adalah:
- 1/3 cawan kacang badam
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan minyak zaitun
Cara penyediaan:
Haluskan kacang badam hingga lumat. Campurkan madu dan minyak zaitun, gaul kesemua bahan dan sapukan pada badan dan gosok secara perlahan. Bilas sehingga bersih.
2. Face Scrub
Jika anda mengalami wajah kering ataupun kulit kusam, anda boleh cuba skrub yang dibuat dari badam ini. Tak hanya mengangkat sel kulit mati, ianya juga mampu mencegah jerawat.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/3 cawan badam
- 4 sudu makan oats
- 2 sudu makan madu
- 2 sudu jus lemon @ yogurt
Cara penyediaan:
Haluskan badam sehingga lumat. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati, sapukan pada wajah, tunggu kurang lebih 10-15 minit. Bilas hingga bersih.
3. Eye Mask
Masalah lingkaran gelap bawah mata sering kali menggangu penampilan. Disebabkan itu, khasiat badam dikatakan mampu menyelesaikan masalah anda. Cukup dengan mengenakan ‘topeng’ di kawasan mata secara rutin, dipercayai dapat mengurangkan kesan hitam pada mata anda.
Bahan yang diperlukan adalah:
- 2 sudu makan minyak badam
- 1 sudu makan gula pasir
Cara penyediaan:
Campurkan minyak badam dengan gula pasir, aduk rata dan sapukan pada bahagian bawah mata anda, urut perlahan. Selepas itu bilas hingga bersih.
4. Hair Mask
Badam tidak hanya baik untuk kulit dan wajah, ianya juga berkhasiat untuk kulit kepala. Hair mask yang diperbuat daripada badam juga mampu merawat kulit kepala agar lebih sihat malah mengurangkan masalah rambut kelemumur.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti:
- 1 cawan kacang badam
- 1/2 cawan yogurt
- 1 butir putih telur
Cara membuat:
Kisar kacang badam sehingga halus. Tambah yogurt dan putih telur ke dalam badam yang sudah dikisar. Kacau hingga semua bahan bercampur, oleskan pada rambut, biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan bersih.
[SUMBER]