Memahami kepentingan bermain kepada otak kanak-kanak dan mampu membantu mereka belajar, CARRIE JUNIOR semalam telah melancarkan ‘CARRIE JUNIOR & Buddies toy collectible’ merangkumi sabun mandian dan syampu.
CARRIE JUNIOR mendefinisikan keseronokan semasa mandi untuk semua kanak-kanak Malaysia! Dengan CARRIE JUNIOR, masa mandi adalah masa yang menggembirakan disamping menjadi waktu mengeratkan hubungan antara ibu bapa bersama anak-anak. Nilai ini diperkembangkan melalui ‘CARRIE ‘JUNIOR & Buddies’, yang terdiri daripada karakter haiwan yang comel. Melalui ‘CARRIE ‘JUNIOR & Buddies’, kanak-kanak dapat belajar untuk memupuk sikap positif seperti kasih sayang, kesabaran dan interaksi dalam masa yang sama gembira semasa mandi dan kekal bersih!
Produk CARRIE JUNIOR yang baru ini memperkenal secret chamber tersembunyi di belakang dimana terdapatnya patut mainan kecil misteri yang boleh dikumpul. Ruang tersembunyi dibelakang botol itu bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka, merangsang rasa ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan bermain semasa mandi. Setiap botol sabun mandian dan syampu tersebut memberikan kegembiraan kepada mereka setiap kali mereka menarik label pelekat dibelakang botol bagi membongkar misteri mainan haiwan yang disediakan.
Bersesuaian dengan tagline CARRIE JUNIOR ‘Bathtime is Funtime’, kanak-kanak kini boleh mengumpul koleksi patung kecil ‘CARRIE JUNIOR & Buddies’. Mereka boleh mengumpul 6 koleksi patung comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR lovable elephant, TOMMY the happy tortoise, FURRY the happy squirrel, MINKY the cute raccoon, Jet Ski, dan sepasang Water Ski yang secara rawak dipekkan dalam produk CARRIE JUNIOR 700ml.
CARRIE JUNIOR turut melancarkan ‘CARRIE JUNIOR Collectibles Contest’ bermula pada 1 Disember 2014 sehingga 31 Oktober 2015. Peserta berpeluang untuk mendapat hadiah-hadiah menarik seperti:
Hadiah Utama x 3
Baucer Travel untuk 4 orang (2 dewasa & 2 kanak-kanak) ke Hong Kong Ocean Park.
– 4 tiket penerbangan pergi-balik
– Penginapan hotel selama 2 malam
– Pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel
– Pengangkutan dari hotel ke Ocean Park
Hadiah Bulanan x 11
2 pemenang x Pass Harian untuk 4 orang (2 dewasa & 2 kanak-kanak) ke KidZania Kuala Lumpur
Hadiah Mingguan x 48
1 x RM50 hamper produk CARRIE JUNIOR
Sangat mudah untuk menyertai pertandingan ini. Hanya perlu muat naik gambar anda / anak anda bergambar bersama ‘CARRIE JUNIOR Collectibles’, berdasarkan keperluan pertandingan bersama dengan hashtag #CarrieJuniorCollectibles. Layari Facebook CARRIE JUNIOR di https://www.facebook.com/CarrieJuniorMY untuk mendapatkan maklumat lanjut dan peraturan pertandingan.
Koleksi patung ‘CARRIE JUNIOR & Buddies’ hadir bersama pek 700ml bagi mana-mana produk CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo dan juga CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash dengan harga RM19.90 (WM) dan RM20.90 (EM). Ia juga boleh didapati pada pek 700ml CARRIE JUNIOR Kids Shampoo pada harga RM21.90 (WM) dan RM 23.00 (EM).