Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, lapan pemenang Minggu Ketiga dan Keempat pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri menyertai majlis berbuka puasa di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Petaling Jaya.
Penghuni rumah terbabit dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri. Kanak-kanak terbabit turut dihiburkan dengan persembahan badut selain menyertai permainan seperti Musical Chair, Ballon Pop dan Mencari Harta Karun Mahsuri di mana pemenang turut menerima hadiah dan hamper.
Sejumlah 24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka menggunakan produk Mahsuri akan melawat empat rumah kebajikan bersama kakitangan Mahsuri sepanjang tempoh pertandingan.
Antaranya adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (20 Jun), Rumah Kebajikan Baitul Hidayah (27 Jun), Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (4 Julai) dan Rumah Nur Sakinah (11 Julai).
Pertandingan Masak dan Menang bermula 28 Mei hingga 8 Julai 2015 ini mengundang orang ramai berkongsi hidangan Buka Puasa ciptaan mereka sendiri yang menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri dengan hashtag #MyMahsuri #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam. Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri