Kalau dulu kami pernah melaporkan tentang Ratu Pop Madonna Mengenakan Niqab Dari Rantai Besi, terbaru penyanyi berusia 55 tahun itu telah memuat naik gambarnya di laman Instagram yang menunjukkan dia seolah berniqab atau memakai burqa (gambar diambil paras kepala sahaja) dengan kapsyen dan hashtag “Its that kind of day! #unapologeticbitch”.
Seperti yang kita sedia maklum, niqab adalah kain yang meliputi muka sebagai sebahagian daripada tudung. Ia dipakai oleh sesetengah wanita Islam di kawasan awam dan di hadapan lelaki dewasa bukan mahram mereka.
Tidak dapat diketahui dengan jelas motif penyanyi berkenaan berbuat demikian, tetapi sedikit sebanyak Madonna boleh dikatakan telah menyentuh, memperolok dan mempermainkan sensitiviti agama dan budaya orang lain dengan memuat naik gambar sebegini. Tujuan wanita Islam berpakaian begini adalah untuk menjaga kesopanan dan aurat mereka bukannya sebagai solusi dalam mengatasi “lazy day’.
Ini bukanlah kali pertama penyanyi tersohor ini melakukan ‘kesalahan” sebegini. Sebelum ini ‘kostum’ geisha yang dipakainya dalam klip video “Nothing Really Matters”” juga pernah mencetuskan kontroversi kerana seolah memperolokkan budaya Jepun.