Pendandan rambut guna gunting perkara biasa tetapi pernahkah anda melihat pendandan rambut memotong rambut seperti yang dilakukan lelaki ini? Tidak pernah bukan? Ini sangat luar biasa.
Pendandan rambut Vietnam, Nguyen Hoang Hung menawarkam trim cepat dengan perbezaan yang sangat ketara – tidak menggunakan gunting tetapi menggunakan pedang tradisional Jepun atau lebih dikenali pedang samurai.
Menurut Hung, pedang itu membolehkannya untuk memotong rambut dengan cermat dan kemas, yang tidak mungkin diperolehi dengan gunting. Setelah berlatih selama sebulan pada wanita berambut panjang. Kini, Hong boleh melakukan pelbagai gaya daripada pendek, bobs ataupun boyish crops. Walaupun pelanggannya kelihatan khuatir tetapi hasil akhirnya cukup sempurna malah lebih cantik berbanding menggunakan gunting biasa.
Anda terfikir nak gunakan khidmat Hong?