Benarlah apa yang dikatakan, jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang segalanya, namun yang lebih berkuasa terhadap diri dan hidup kita adalah Tuhan yang satu. Apabila tibanya ajal seseorang, tiada siapa pun yang mampu menghalang, melainkan tetap redha dan ikhlas menerimanya. Itulah yang terjadi kepada lelaki ini.
Sejujurnya, hati penulis rasa cukup tersentuh dan sedih apabila membaca kesemua luahan sayu lelaki tersebut yang ditujukan khas pada kekasihnya yang kini sudah pergi buat selama-lamanya. Difahamkan bakal tunangnya terlibat dalam kemalangan semasa raya ketiga dan mengalami pendarahan teruk di kepala, sebelum meninggal dunia selepas beberapa hari koma.
Baca luahan dan kata-kata semangat lelaki ini buat arwah yang hampir seminggu berada dalam koma. Takziah kami ucapkan.