Anda sukakan aktiviti mendaki, namun tidak tahu tempat-tempat menarik untuk diteroka? Nah, 9 lokasi mendaki sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini bakal memuaskan keinginan si pencinta aktiviti mencabar.
1. Bukit Kiara Park di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: 1 jam hingga 90 minit untuk landasan dan laluan hutan.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Selain pejalan kaki, terdapat laluan yang sesuai untuk mereka yang gemar berjoging, berbasikal, menunggang motosikal gunung dan menunggang kuda.
Kos: Tiada.
2. Broga Hill di Semenyih, Selangor
Tahap kesukaran: Sederhana.
Tempoh dari bawah ke puncak: 40 minit.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Ramai mengesyorkan mendaki seawal 5 pagi untuk melihat keindahan matahari terbit.
Kos: RM2 untuk bayaran tempat letak kereta.
3. Canopy Walk di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong
Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: Mengambil masa antara 30 minit hingga 1 jam untuk berjalan, bergantung pada laluan.
Waktu operasi: Selasa hingga Khamis dan hujung minggu, 9.30 pagi – 2.30 petang. Bergantung pada keadaan cuaca.
Maklumat penting: Popular dengan kawasan perkelahan dan air terjun.
Kos: Tiket berbeza mengikut laluan.
4. Air Terjun Chiling di Kuala Kubu Bharu
Tahap kesukaran: Sederhana.
Tempoh dari bawah ke puncak: 1 jam.
Waktu operasi: Jumaat hingga Ahad, 8 pagi – 6 petang.
Maklumat penting: Terdapat tiga peringkat air terjun, yang paling tinggi adalah kurang sesak dan sesuai untuk berkelah.
Kos: RM1 untuk yuran pendaftaran.
5. Bukit Nanas, juga dikenali sebagai KL Forest Eco Park di Kuala Lumpur
Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: 30 minit.
Waktu operasi: Setiap hari, 7 pagi – 7 petang. Bergantung kepada keadaan cuaca.
Maklumat penting: Ia terletak berhampiran dengan Menara KL.
Kos: Percuma.
6. Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor
Tahap kesukaran: Mencabar.
Tempoh dari bawah ke puncak: 4 hingga 5 jam.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Terdapat dua tapak perkhemahan, Kem Lolo dan Kem Pacat di mana ikon pokok Gunung Nuang berada.
Kos: RM1 untuk yuran pendaftaran.
7. Bukit Tabur di Taman Melawati, Selangor
Tahap kesukaran: Mencabar.
Tempoh dari bawah ke puncak: Sehingga 3 ke 4 jam.
Waktu operasi: Khamis, hujung minggu dan cuti umum, 8.30 pagi – 5 petang.
Maklumat penting: Juga dikenali sebagai The Dragon’s Backbone, adalah quartz ridge terpanjang di dunia yang menawarkan pemandangan hebat Klang Gates Dam, bukit Melawati, dan KL skyline.
Kos: RM5 bagi setiap orang untuk permit mendaki dari Jabatan Perhutanan.
[Sumber]