LINE, platform peneraju kehidupan dunia, hari ini melancarkan satu set pelekat baru dikenali sebagai “LINE X UNICEF: Edisi Khas” sebagai sebahagian daripada perkongsian globalnya dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
LINE X UNICEF: Pelekat Edisi Khas yang mengandungi 16 pelekat menampilkan karakter LINE Friends ini adalah sebahagian daripada usaha perkongsian tersebut untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong kanak-kanak yang memerlukan bantuan di seluruh dunia. Diumumkan pada Februari 2015 lalu, LINE dan UNICEF bersetuju menjalin kerjasama strategik bagi membantu mengumpul dana kebajikan dengan menghasilkan dan menjual pelekat digital LINE dan perlesenan karakter. LINE juga membolehkan pengguna menderma menerusi Free Coins, syiling virtual yang boleh diperolehi dengan menonton video khusus atau dengan memuat turun aplikasi tertentu.
Set pelekat ini boleh diperolehi di LINE Sticker Shop di Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Thailand, Indonesia, Malaysia, Sepanyol, India dan Hong Kong hingga 5 Ogos, 2015 menerusi Sticker Shop atau LINE STORE (https://store.line.me) apabila anda menambah Akaun Rasmi UNICEF.
Perincian Pelekat LINE X UNICEF: Edisi Khas
- Nama: LINE X UNICEF: Edisi Khas
- Tempoh Muat Turun: 7 Julai hingga 5 Ogos, 2015
- Tempoh Tamat: 90 hari selepas pembelian
- Wilayah Jualan (16 pelekat): Korea, Indonesia, Malaysia, Hong Kong, India, Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Jerman
- Wilayah Jualan (8 pelekat): Jepun, Thailand