Mesti anda tak sabar lagi nak berkunjung di pop-up store Line kan? Ha, memang best sebab sekarang dah ada LINE Friends Pop-up store di IOI City Mall, Putrajaya. Pop-up store ini akan dibuka mulai 27 November 2014 hingga 2 Januari 2015. Dengan pembukaan Pop-up store ini, para peminat akan menikmati pengalaman LINE yang berharga dan di sinilah mereka boleh membeli barangan LINE rasmi dan produk-produk edisi terhad.
Pelbagai aktiviti dan hadiah akan disediakan. Semua pengguna LINE akan menerima baucar diskaun 10% menerusi Akaun Rasmi LINE Event (ID: LINEeventmy) untuk digunakan di stor tersebut. LINE turut menghadiahkan barangan LINE percuma setiap Isnin melalui Lucky Chance Event yang popular itu pada app. Selain itu, LINE juga mengadakan Lucky Price, yang memberi peluang kepada pengguna LINE untuk membeli anak patung 100 cm Brown & Cony edisi terhad pada harga yang rendah.
Patung “Moon” Terbesar di Dunia, yang diterima masuk dalam Malaysia’s Book of Records, akan turut berada di IOI City Mall. Penggemar Selfie pasti akan gembira kerana LINE akan mengadakan peraduan. Mereka perlu muat turun B612 Camera app, mengambil Selfie bersama-sama “Moon” Terbesar di Dunia, poskan dalam media sosial dan hashtag #LINExmas2014. “Best Selfie” akan diumumkan dalam Akaun Rasmi LINE Event setiap Jumaat dan akan berpeluang memenangi sepasang set anak patung Brown & Cony.
Aplikasi mesej LINE boleh didapati di semua platform mudah alih (iOS, Android, Blackberry, Windows Phone) dan pada PC (Windows/MacOS), manakala B612 Camera app tersedia untuk dimuat turun pada kedua-dua App Store dan Google Play.