LINE Corporation mengumumkan pelancaran “egg”, sebuah aplikasi selfie percuma untuk peranti iOS dan Android yang membolehkan pengguna menghias gambar serta video mereka.
egg, sebuah aplikasi selfie yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk menghasilkan karya kreatif dengan menyediakan fungsi seperti Mask 3D yang berupaya mengubah wajah seseorang itu menjadi karakter yang luar biasa seakan-akan solekan prostetik, dan penapis beranimasi yang diaktifkan oleh subjek dengan mengenyit mata atau melakukan aksi lain yang mana ia dapat dikesan dengan tepat oleh aplikasi ini.
Perkembangan pesat rangkaian sosial serta trend selfie sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memperkenalkan pelbagai jenis aplikasi kamera yang mudah untuk digunakan. Kesemuanya dilengkapi dengan fungsi pengubahsuaian seperti penapis dan kesan khas yang digunakan untuk mengambil selfie bagi laman Instagram serta Facebook pengguna. Namun, berbeza dengan aplikasi selfie yang lain, egg bukan sahaja dapat merakam selfie pengguna malah dapat mengubah selfie mereka dalam masa nyata.
Aplikasi ini menawarkan lebih 50 kategori Mask 3D (seperti “Haiwan comel”, “Cantik”, “Lucu” dan “Seram”), dan termasuklah mask karakter LINE terbaru, Choco. Dengan menggabungkan pelbagai jenis penapis yang diaktifkan melalui pergerakan seperti membuat bentuk hati muncul dengan mengenyit mata, atau menghembuskan api dengan membuka mulut, pengguna boleh membuat pelbagai jenis pengubahsuaian mengikut daya kreativitinya.
Selain itu, pengguna boleh mencipta mask mereka sendiri dengan menggunakan gambar-gambar yang disimpan di dalam telefon pintar, atau menukar wajah secara masa nyata dengan rakan-rakan mereka pada skrin. Selain menyediakan fungsi selfie biasa – memuat naik gambar dan video selfie ke media sosial – egg juga memberikan cara baru untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan, dan pasangan anda secara masa nyata menerusi selfie.