Terdapat dalam warna: Kelabu dan Coklat
Deskripsi Produk:
Untuk kegunaan yang jelas di dalam bangunan namun lebih responsif ketika digunakan di luar bangunan. Berdasarkan proses ujikaji lebih daripada 1000 senario Life360 dan teknologi photochromic Chromea7 eksklusif Transitions Optical, Lensa Transitions Signature adalah lebih reaktif terhadap kondisi pencahayaan di luar bangunan namun dalam masa yang sama juga mampu menyesuaikan keadaan dengan pencahayaan tidak terus. Ia menjadi lebih gelap ketika berada di dalam bangunan, kenderaan dan permukaan yang lain. Tahap kesesuaian lensa Transitions Singnature sentiasa memastikan anda dapat melihat persekitaran pada tahap pencahayaan yang optimum.
Kelebihan/ Ciri-Ciri Utama:
- Pengurusan pencahayaan tidak keterlaluan sepanjang hari dalam apa sahaja persekitaran: Menerusi teknologi formulasi Chromea7 yang unik, ia membenarkan Lensa Transitions Signature untuk menyesuaikan kadar penyerapan pencahayaan kepada mata anda sama ada ketika anda berada di luar atau di dalam bangunan. Ia telah melalui lebih 1000 senario metodologi ujikaji Life360 Transitions agar anda boleh memastikan ia mampu menyesuaikan penggunaannya dengan keperluan anda pada bila-bila masa.
- Responsif terhadap pencahayaan tidak terus: Lensa Transitions Signature bertindakbalas lebih baik terhadap pencahayaan tidak terus, menberikan anda perlindungan yang bersesuaian ketika anda berdepan dengan sinaran matahari sambil membenarkan anda melihat dengan jelas. Ia termasuk pencahayaan dari dalam bangnan dan kondisi pencahayaan yang pelbagai termasuk yang pencahayaan rendah.
- Responsif terhadap suhu tinggi: Telah menjalani ujikaji menerusi lebih 200 kondisi sebenar di pelbagai lokasi di seluruh dunia, Lensa Transitions Signature menyediakan perlindungan yang konsisten di dalam pelbagai kondisi suhu. Ia menjadi lebih gelap ketika berdepan dengan suhu yang lebih panas berbanding lensa generasi sebelum itu.
- Perubahan lensa lebih cepat: Teknologi Chromea7 membenarkan Lensa Transitions Signature untuk menjadi lebih responsif terhadap persekitaran pencahayaan di sekeliling anda agar ia dapat menyesuai mengikut persekitaran anda. Ia juga mampu berubah kembali kepada lensa biasa sejurus anda masuk ke dalam kawasan bangunan.
- Melindungi mata anda daripada sinaran UV: Lensa Transitions Signature melindungi 100 % sinaran UV sekali gus menawarkan perlindungan mata anda apabila anda berdepan dengan cahaya matahari.
- Sesuai untuk pelbagai bingkai kacamata: Boleh dimuatsuai untuk kebanyakan bingkai kacamata mengikut citarasa anda.
- Sesuai untuk pelbagai usia termasuk kanak-kanak: Sesuai untuk semua peringkat usia termasuk kanak-kanak yang aktif.
Sesuai untuk:
- Mereka yang bergerak/beralih dari kawasan dalam bangunan ke kawasan luar bangunan sepanjang hari.
- Mereka yang mahukan pencahayaan di luar bangunan namun turut mengambil kira pencahayaan di dalam bangunan.