Lenovo telah mengumumkan telefon pintar untuk genarasi baru, model S850 ,kombinasi elemen reka bentuk sleek bersama prestasi quad-core dan ciri-ciri yang diperbaharui,
Peranti baru ini mengekalkan portfolio Lenovo dalam penghasilan telefon pintar yang memenuhi keperluan gaya hidup dengan harga mampu milik. Model S850 menawarkan reka bentuk telefon pintar yang ‘stylo’ bersesuaian dengan gaya hidup kini yang menjadikan telefon pintar sebagai satu lagi elemen fesyen dan gaya buat generasi kini
Hadir dengan rekaan tipis dan ringan dan fizikal “all glass-exterior” , Lenovo S850 ditawarkan dalam pilihan warna merah jambu, putih atau biru. Telefon pintar pantas ini juga dilengkapi dengan prosesor MTK 6582 1.3 GHz Quad Core dan skrin lebar 5-inci untuk tatapan kandungan dalam resolusi tinggi. Sesuai dengan trend generasi muda kini yang memang suka bergambar dimana sahaja, model ini juga disempurnakan lagi dengan kemudahan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP. Perkongsian gambar tentunya jadi lebih menarik !
Pada majlis yang sama, Lenovo Malaysia juga turut mengumumkan sokongan mereka terhadap Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia dimana RM 10 daripada jualan 1000 unit pertama model S850 yang dijual pada 4 September 2014 sehingga 30 September 2014 akan disumbangkan kepada pertubuhan ini.
Lenovo S850 sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM729.00