Pernah bayangkan seorang lelaki merubah wajah seperti artis wanita? Mungkin tidak tetapi lelaki bernama Jordan James Parke yang merupakan jurumekap artis dari British sanggup lakukannya. Parker, 23, bukan sahaja telah mengubah bahagian pipi, tetapi turut menyuntik botox dan membuat tatu pada keningnya. Jordan sanggup berhabis lebih RM500,000 untuk mendapatkan rupa yang dimilikinya kini.
“Saya suka segala-galanya tentang Kim. Dia adalah wanita paling cantik pernah saya lihat. Kulitnya sempurna, rambut dan segala-galanya tentang dia cukup indah.
“Saya ketawa apabila orang mengejek betapa plastiknya wajah saya. Adakah mereka fikir saya mahukan wajah asli? Jika ya, saya pasti mahukan wang saya kembali,” jelasnya.
Wajah Parker boleh dikatakan rosak teruk selepas menjalani pelagai rawatan, tetapi bagi Parker dia cukup berpuas hati.