Kenapa lelaki 51 tahun ini dikatakan warga gelandangan paling stailo di Ukraine? Temui Slavik, gelandangan yang berusia 55 tahun ini tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan hanya bermalam di tepi-tepi jalan.
Slavik adalah seorang gelandangan gipsi. Cara hidupnya adalah berbeza dengan gelandangan lain, dia tidak membawa banyak beg juga tidak menggeladah dalam tong sampah. Menariknya, Slavik tidak pernah memakai pakaian yang sama, boleh dikatakan dia akan menukar pakaian dua kali sehari dan sentiasa berlainan fesyen mengikut musim dan keadaan semasa. Malah, bila dia akan menyesuaikan fesyen dan gaya rambutnya juga, janggut dan ketiak juga dicukur bagi tampil normal seperti orang biasa.
Mungkin kedengarannya agak aneh bagi gelandangan tetapi Slavik mempunyai tempat rahsia malah tiada siapa yang mengetahui bagaimana dia mendapatkan pakaian setiap hari.