Fashion Valet yang merupakan platform jualan atas talian yang menghimpunkan seribu satu jenama pereka seluruh Asia kini gigih mempromosikan koleksi lebaran yang begitu berprestij.
Gaya Koleksi Raya (GKR) adalah satu pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Fashion Valet bagi menampilkan seluruh koleksi dari jenama-jenama terpilih yang menjual koleksi mereka di atas gedung atas talian tersebut.
Bertempat di Black dan White Box, Publika, pemeran fesyen ini berlangsung selama 4 hari dari 3 hingga 6 Mei yang lepas dengan matlamat untuk mengumpul para pereka tanah air di bawah satu bumbung. Setiap seorang dari mereka berpeluang untuk menayang hasil karya mereka yang bertepatan dengan konsep Aidilfitri tahun ini.
Bukan itu sahaja, hari terakhir Gaya Koleksi Raya turut tidak ketinggalan untuk menjalankan pertunjukkan fesyen secara berturut yang disertai oleh jenama-jenama tersohor tanah air seperti Yadotsa, Poplook Premium, PU3, Arared dan KUNTUM by Najeeb.
Seperti juga tahun lepas, Fashion Valet turut meletakkan gerai-gerai kecil yang membolehkan orang ramai dan tetamu udangan untuk membeli koleksi Aidilfitri 2016 sebaik sahaja tamat pertunjukan fesyen. Secara keseluruhannya, lebih 2.2 juta tetamu yang hadir termasuklah bloggers berpengaruh dari serata Indonesi dan Singapura, pereka pereka fesyen kebanggaan tanah air, rakan-rakan selebriti, malah para pengamal media.
Gaya Koleksi Raya oleh Fashion Valet ditaja oleh Malaysia Airlines untuk penerbangan kelas perniagaan, penginapan rasmi oleh Majestic Hotel dan Uber Malaysia sebagai pengangkutan rasmi.
Jika anda tidak berpeluang untuk hadir ke White Box, Publika tempoh hari, anda juga boleh membeli terus koleksi-koleksi lebaran 2016 Fashion Valet secara atas talian di www.fashionvalet.com
Untuk menghangatkan lagi musim lebaran tahun ini, Fashion Valet mahu merapatkan pertalian silaturahim antara para pengamal media serta pelanggannya yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada pasukan FV. Majlis “Tea Party” telah pun diadakan di Brunei 17 Mei lepas, Singapura pada 20 dan 21 Mei, Indonesia pada 26 Mei ini manakala di Malaysia adalah pada 29 dan 30 Mei ini.
Seperti yang anda tonton di dalam rancangan realiti paling hangat “Love, Vivy”, meerka ada menyangkan tentang pergolakan yang harus dilalui serta pelbagai usaha pasukan FV untuk menjayakan kempen Aidilfitri 2016 sepanjang beberapa bulan yang lalu. Buat julung kalinya, akhirnya Fashion Valet berjaya menaikkan papan iklan gergasi pertamanya yang tersergam indah di persisiran susur jalan Federal Highway.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.fashionvalet.com.