Nike, jenama global yang sangat sinonim dengan sukan. Rekaan serta kualiti barangan dan aksesori sukan yang dihasilkan adalah berprestij dan mampu menumbangkan jenama lain yang ada di pasaran. Sebagai sebuah syarikat yang unggul, sehingga kini, Nike tidak pernah berhenti melakukan khidmat pesanan masyarakat atau kempen Corporate Social Responsibility (CSR) disamping sering membawa pembaharuan dalam arena sukan.
Terus-menerus menyisip pemikiran positif dalam kalangan masyarakat dunia, sekali lagi, Nike tampil melancarkan iklan filem terbaru mereka yang memaparkan nilai dan ciri moral terbaik untuk diamati oleh kita semua.
Bait-bait kata dan potongan ayat yang disebut di dalam filem Last berkenaan boleh dikatakan sangat bijak kerana sedikit sebanyak ia menceritakan tentang sejarah asal perkataan dan acara Marathon yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Acara marathon Athens moden adalah untuk memperingati “Pheidippides”. Beliau merupakan seorang askar dari medan perang di tapak bandar Marathon, Greece, Athens pada tahun 490 SM yang membawa berita kemenangan peperangan antara Yunani dan Parsi. Kemudiannya, lagenda menceritakan bahawa “Pheidippides” telah menyampaikan mesej bersejarah yang berbunyi “Niki!” bermaksud (“Kemenangan”), sebelum beliau rebah dan meninggal dunia. Itulah kesimpulan dramatik asal perkataan marathon mahupun acara sukan berkenaan.
https://www.youtube.com/watch?v=OxunzQQNgQM&feature=youtu.be
Nike memberi motivasi membina melalui tayangan filem pendek berkenaan yang memaparkan kemegahan meraikan pelari terakhir yang menghabiskan larian malah mengetengahkan sudut kekurangan yang ada pada semua pelari.
Memilih “Anyone can be a runner; all you have to do is run.” sebagai cogan kata rasmi untuk kempen ini adalah sesuatu yang sangat bernas, selari dengan moto dan tujuan Nike yang mahu masyarakat lebih berkeyakinan dengan diri dan kemampuan mereka.
Nike dicipta oleh pelari untuk pelari, akan terus memberi inspirasi yang membina kepada masyarakat sekaligus memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua atlet dan pelari yang selama ini menjulang nama dalam arena sukan larian.