Ramai orang pasti pernah merasai pengalaman menyakitkan setiap kali memakai sepasang kasut tidak selesa ketika melakukan aktiviti yang memberikan tekanan kuat ke atas kaki. Ada sesetengah kalangan kita menyedari tapak kasut mereka mudah kehilangan ‘efek kusyen’ dalam masa singkat, atau ditimpa kecederaan kaki. Malah ada juga mengalami kesukaran mencari kasut dengan sokongan lekuk tapak kaki yang mencukupi. Kekurangan kestabilan kaki dapat mengundang ketidakselesaan yang serius ke atas lutut, pinggul dan belakang.
Justeru jenama peneraju lapik dalam ortotik CurrexSole tampil dengan penyelesaian efektif dalam usaha menghapuskan masalah ketegangan dan kesakitan kaki. CurrexSole membuktikan bahawa orang ramai kini tidak perlu lagi menderita sakit kaki akibat penggunaan intensif tapak kasut biasa. Muncul bersama lapik dalam kasut dengan rekaan teliti yang impresif, setiap produk CurrexSole direka berasaskan kebanyakan kondisi kaki tanpa mengetepikan aspek keselesan dan sokongan dalam setiap pergerakan.
Lapik dalam kasut CurrexSole, yang diedarkan Footsteps Technology Sdn Bhd di Malaysia, dibangunkan oleh sepasukan saintis sukan bersemangat. Setiap produk direka untuk membetulkan paten (corak atau aturan) berjalan dan berlari yang tidak teratur. Ia juga menumpukan isu seperti pronasi melampau, membantu pengaturan semula postural dan memulihkan fungsi natural kaki selain menolong mengelak kecederaan sendi dan otot kaki.
Asasnya, lapik dalam kaki semi custom-made CurrexSole ialah instrumen sukan mewah yang menawarkan reka bentuk produk yang ringan, berprestasi hebat dan memberikan keselesaan terbaik bersama abiliti pengudaraan. Malah, pelanggan akan teruja selepas menyedari betapa cepat kaki mereka beradaptasi dengan lapik dalam kasut tersebut.
Lapik dalam kasut CurrexSole nyata menyediakan keselesaan berpanjangan tanpa mengira apa sahaja aktiviti yang anda lakukan sama ada bekerja atau bersukan. Di Malaysia, terdapat tiga jenis model ditawarkan di pasaran: RUNPRO, ACTIVEPRO dan WORKPRO.
CurrexSole ialah pilihan bijak dan praktikal untuk dibeli. Apatah lagi lapik dalam kasut berkenaan adalah daripada jenis tahan lasak yang mampu meningkatkan suaian dan keselesaan kasut anda.