Laneige Global Beauty Camp 2015 ke-3 yang berlangsung sekali lagi di Seoul, bandar yang tidak pernah tidur pada 2 Mac sehingga 3 Mac 2015.
Tenggelam dan rasai pengalaman dengan produk baru Laneige Water Sleeping Mask ketika Laneige Global Beauty Camp berlangsung. Bayangkan selepas penat bekerja seharian, menghabiskan masa bersama kawan dan keluarga, cuci wajah anda dan serikan wajah dengan Laneige Water Sleeping Mask, tidur anda akan lebih berkualiti malah keadaan wajah juga makin bertambah baik.
Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah sepanjang 3 hari 2 malam di Laneige Global Beauty Camp 2015 yang diadakan di Seoul, terdapat banyak info dan ilmu baru diperolehi. Bermula dengan:
- Water Sleeping Mask Gala Dinner
- Sleeping Beauty Secret Class
- Makeover Event
- Sleepless Club Party
Kali ini, temanya adalah Sleeping Beauty in a Sleepless City. Tema ini dipilih bersesuaian dengan pelancara produk barunya Laneige Water Sleeping Mask. Topeng berbentuk pelembap yang boleh membuatkan kulit lebih cerah dan segar walaupun kurang tidur. Interesting bukan? Nak tahu kelebihan Laneige Water Sleeping Mask? Nantikan artikel penulis yang seterusnya.
Selamat Datang ke Seoul, South Korea
Selepas hampir 6 jam dalam flight, akhirnya sampai di Seoul. Dengan cuaca penuh kedinginan diiringi angin yang sungguh sejuk – kiranya tak cukup satu long coat sebab cuaca terlalu sejuk sampai tak boleh nak cakap. Kesemua media Malaysia dibawa ke W Hotel yang terletak di Walkerhill. Memasuki bilik, Laneige memberikan surprise beauty kit yang mengandungi kesemua produk Laneige, daripada pembersihan sehinggalah eye mask, sangat mudah!
Laneige Water Sleeping Mask Gala Dinner
Laneige Water Sleeping Mask Gala Dinner merupakan acara pembukaan untuk Laneige Global Beauty Camp 2015 serta pelancaranya produk Water Sleeping Mask. Apa yang menarik di sini? Tentu sekali, ketibaan brand ambassador.
Yang paling dinanti adalah kemunculan brand ambassador Laneige, pelakon terkenal Korea Song Hye Kyo yang boleh dikatakan simple yet elegant pada malam itu. Saat ditanya soal tips kecantikan, Song Hye Kyo menjawab, “Walaupun sibuk tapi tetap menjaga kecantikan kulit, jadi pilihan saya semestinya Laneige Water Sleeping Mask.”
Sesudah gala dinner, kami dikejutkan dengan goodies bag berupa Water Sleeping Mask, Lip Sleeping Mask dan juga Teddy Bear yang serius comel dan wangi. Wanista suka sangat!
Sleeping Beauty Secret Class
Selepas semalam hadirkan diri ke gala dinner, acara pertama selepas sarapan adalah Sleeping Beauty Secret Class. Di sini kami diajar membuat aromatherapy dengan bahan asas Sleep Scent, terkandung dalam Water Sleeping Mask. Menariknya Sleep Scent ini mampu memberikan aroma yang tenang dan membantu tidur lebih nyenyak.
Makeover Event
Yayyyy, acara yang dinantikan ialah Makeover Event. Biasalah wanita memang sukakan peluang untuk mencuba dandanan baru asalkan kena dan cantik pada mereka. Di makeover ini, kami diberi peluang melakukan mekap, dandanan rambut dan sesi photoshoot, memang menarik.
Sleepless Club Party
Seterusnya kami ke highlight, Sleepless Club Party di kelab Y 1975 yang terletak di Cheongdongdam, salah satu kawasan elite Seoul. Parti tersebut turut diserikan dengan deretan selebriti seperti Yoon Bomi dari A Pink, Victoria f (x), Gayoon 4Minute dan juga Song Jae Rim, wajah Laneige Homme. Sepanjang parti berlangsung, kami dimainkan muzik yang cukup happening malah makanan yang sedap dan segar.
Akhirnya jadual rasmi kamu sudah selesai. Sebelum melelapkan mata, seperti biasa bersihkan muka dan memakai Water Sleeping Mask. Bersedia untuk tidur kerana esok kami akan pulang ke Malaysia…
Good Bye Seoul, A Sleepless City!!