“Glutathione Treatment” adalah sejenis perawatan yang mampu mencerahkan kulit wajah dengan berkesan. Ia amat popular dalam kalangan selebriti terkenal seperti Beyonce, termasuk golongan wanita Asia Timur yang butuhkan kulit putih berseri. Walau bagaimanapun, tidak sah jika rawatan yang begitu menakjubkan tidak dibayar dengan harga lumayan. Hakikatnya, meskipun rawatan Glutathione ini amat berkesan, namun ia bisa sahaja menelan kos yang sangat tinggi menjangkau ribuan ringgit.
Rangkaian penjagaan wajah dari Korea, Laniege sentiasa peka untuk mencari jalan solusi terbaik bagi memenuhi permintaan wanita. Oleh itu, berbekalkan kebijaksanaan serta beberapa kajian profesional yang telah dijalankan, Laniege tampil untuk memformulasikan White Plus Renew Original Essence_EX dengan gabungan keberkesanan teknologi Cell-Water-Glow yang pertama seumpamanya. Ia bagaikan rawatan Glutathione yang hadir dalam satu botol, bahkan lebih murah!
Hanya dalam masa 8 minggu, anda bisa memiliki kulit wajah 2 kali ganda lebih cerah!
Cecair White Plus Renew Original Essence_EX turut diperkaya dengan teknologi Advanced MelaCrusher -terdiri daripada 3 jenis kunci ramuan bermutu termasuklah Estrak Protien Teh Hijau yang berfungsi untuk menyerap 2 kali lebih dalam sehingga ke lapisan sel melanin, Estrak Pekat Yis Truffle yang bisa menawarkan kesan pencerahan lebih efektif serta menyalurkan elemen pencerahan yang disertai Saururus iaitu sejenis ramuan sayuran untuk mengurangkan iritasi kulit.
Jika anda berniat untuk memenuhi impian hati memiliki kulit wajah yang cerah serta mulus bak kekabu lembut, cubalah cecair pencerahan hebat White Plus Renew Original Essence_EX, 40ml yang ditawarkan pada harga RM210 seunit. Ianya lebih murah! Kesan yang bakal diberikan adalah setanding rawatan pencerahan Glutahione!
Jadi apa tunggu lagi? Anda boleh mula mendapatkan cecair pencerahan magis ini di semua kaunter dan cawangan pengedar Laniege yang sah di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.laneige.com/my