Seorang bayi perempuan yang baru sahaja berusia tiga bulan dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah pusat asuhan terletak di Bandar Utama.
Menurut pihak polis, tiada tanda-tanda penderaan yang ketara terhadap bayi tersebut dan mereka masih menyiasat punca kematian . Panggilan kecemasan diterima daripada pusat asuhan tersebut kira-kira jam 1.58 petang semalam dan didapati bayi tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bayi tersebut kemudiannya disahkan meninggal dunia di pusat asuhan terbabit.
Bedah siasat akan dijalankan pada hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . Difahamkan, bayi tersebut telah disusukan oleh ibunya pada jam 9 pagi sebelum dihantar ke pusat berkenaan setengah jam kemudiannya. bayi tersebut juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat pada waktu tersebut.
Bayi perempuan tersebut, Mah Xian Ni adalah antara 29 kanak-kanak di bawah jagaan pusat asuhan terbabit dan terdapat seramai enam orang pekerja yang bekerja di situ waktu itu. Pusat jagaan tersebut juga telah beroperasi selama lapan tahun.
[ Sumber : The Star Online & Kosmo! Online ]