Sebelum ini BB Cushion, CC Cushion, DD Cushion, kini datang pula pewarna bibir ataupun liquid lipstick yang menjadi satu fenomena baru. Semua jenama kecantikan dilihat berlumba-lumba untuk menghasilkan produk sebegini.
Yang pasti, bintang realiti Kylie Jenner tampil dengan jenama pewarna gincu bibir yang sendiri iaitu Lip Kit by Kylie, tapi yang menjadi stress wanita apabila produk ini sold out sejurus beberapa minit pelancarannya.
Ramai beranggapan produk ini sebegini boleh membuatkan bibir kering, betul ke? Apapun, sebelum membeli pewarna bibir ini, ikut beberapa langkah yang betul untuk memakap pewarna bibir kesukaan Kylie Jenner ini.
#1 Skrub bibir anda menggunakan tisu lembut bagi menyingkirkan kulit kering pada bibir. Gosok dengan perlahan hingga permukaan bibir benar-benar licin. Kemudian pakai pelembap bibir.
Baca – MASALAH BIBIR KERING? INI 6 DIY SKRUB BIBIR BOLEH CUBA
#2 Untuk memastikan bibir anda dalam keadaan lembap dan tidak menggelupas, oleskan pelembap bibir dengan rata.
#3 Ini satu lagi rahsia untuk mendapatkan bibir juicy, mulus, gebu. Hanya bentukkan bibir dengan menggunakan pensil bibir dari rona gincu yang sama anda akan pakai nanti. Gariskan pada tepi bibir dengan kemas. Malah, ini merupakan rahsia Khloe Kardashian untuk mendapatkan bibir sensual.
Baca – TIPS & TRIK! RAHSIA BIBIR SENSUAL DARI KHLOE KARDASHIAN
#4 Oleskan pewarna bibir pada bibir bawah terlebih dahulu sehingga mesra.
#5 Lengkapkan sapuan pada bibir atas dan ratakan dengan sempurna.