Membeli gaun atau pakaian satu saiz lebih kecil sebagai motivasi untuk mengurangkan badan mungkin sudah biasa kita dengar. Namun, apa yang berjaya dilakukan oleh bakal pengantin ini memang menakjubkan ! Bayangkan, dia berjaya mengurangkan berat badan daripada 97.06 Kg kepada 62.59 Kg dalam masa 9 bulan. Wow , macam tak percaya !
Dan percaya atau tidak, perkara yang telah menjadi motivasi wanita ini adalah gaun perkahwinan idamannya. Sewaktu menemui gaun perkahwinannya, berat badan Kirsty yang mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dan suka mengambil makanan secara berlebihan adalah 97.06 Kg. Malangnya , saiz yang ada untuk gaun itu cuma saiz 8 (saiz S) sedangkan dia memakai saiz 16 (saiz XL ) pada waktu itu.
Nekad untuk membeli juga gaun tersebut, Kirsty mula sedar yang dia perlu menurunkan berat badan dan mengamalkan kehidupan yang sihat untuk muat memakai gaun tersebut. Selain itu, seperti bakal pengantin yang lain, dia juga mengimpikan gambar perkahwinan yang boleh dibanggakan .
Selain itu Kirsty juga mempunyai masalah keseimbangan badan dan juga mula rasa rendah diri kerana pandangan sinis wanita lain terhadap bentuk badannya .
Menyedari yang berat badannya mudah naik, Kirsty mula berhari-hati dalam pengambilan makanan. Dia nekad mengubah diet yang diamalkan dan mula bersenam secara kerap serta mengambil supplement untuk mengawal selera makan dan menambah tenaga.
Ternyata usahanya memang berbaloi apabila selepas 9 bulan, dia bukan sahaja berasa lebih sihat dan mendapat bentuk badan idamannya, yang penting sekarang dia boleh muat gaun perkahwinan yang dibeli ketika mempunyai berat badan 97.06 kg. Mengagumkan bukan !
Bagi kami segalanya mungkin jika anda punya tekad kekuatan mental yang utuh! Its all in your mind!
[ Sumber ]