Lebih daripada 2,500 peserta menyertai larian untuk tujuan yang murni di ROASTERS Chicken Run (RCR) ke-11 yang dianjurkan oleh Kenny Rogers ROASTERS (KRR) pada pagi Ahad yang bermakna!
Para peserta yang terdiri dari pelbagai golongan membanjiri dataran Sunway Lagoon seawal jam 6.30 pagi dan kemudiannya mengikuti sesi memanas badan yang penuh bertenaga bersama kumpulan Celebrity Fitness sebelum memulakan larian mengikut kategori masing-masing!
Dana dari ROASTERS Chicken Run 2015 akan disalurkan kepada Food Aid Foundation melalui melalui 2,000 set Kenny’s Chicken Meal kepada kira-kira 20 rumah kebajikan untuk golongan kanak-kanak dan warga emas. Dana yang selebihnya pula akan digunakan untuk membeli bahan-bahan makanan dan barangan runcit lain untuk rumah-rumah kebajikan yang turut disokong oleh Food Aid Foundation.
Food Aid Foundation adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mengendalikan bank makanan yang membekalkan makanan asas kepada rumah kebajikan, pusat pemulihan, pusat pengagihan makanan, keluarga dan golongan yang memerlukan.
ROASTERS Chicken Run telah berjaya mengumpul lebih RM600,000 untuk pelbagai organisasi dan rumah kebajikan seperti
- Little Yellow Flower Foundation
- Tabung Kebajikan Pesakit HUKM
- Unit Pediatrik HUKM (Onkologi)
- Unit TUTUR – Pusat Pemulihan Aural untuk Kanak-Kanak Cacat Pendengaran
- Yayasan Budi Penyayang Malaysia
- House of Joy and Faith
- Yayasan Sunbeams Home
- Rumah Juara
- Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
- Rumah Sayangan
- Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia – Rawatan Dialisis untuk Golongan Muda
- Rumah Hope
- Rumah Kebajikan Anbu Illam
- Rumah Charis Ti-Ratana Welfare Society
- Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM – Pesakit Diabetes Muda
ROASTERS Chicken Run adalah salah satu inisiatif di bawah Kenny Rogers ROASTERS Community Chest Campaign yang ditubuhkan pada 2005 untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/krrmalaysia.