Kumpulan Kotak telah ditubuhkan pada 27 September 2004 di mana mereka menjadi juara dari sebuah pertandingan program TV “The Dream Band”. Band yang berasal dari Jakarta ini terdiri daripada 3 pemuda iaitu Tantri (vokalis), Chua (pemain bass), dan Cella (pemain gitar) tampil dan memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan modern rock. Sepanjang 9 tahun mereka berada di industri muzik Indonesia, kumpulan Kotak telah mengeluarkan 4 album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik.
Bersempena dengan promosi album ‘Seleksi Hits’ yang menggabungkan lagu-lagu hit Kotak, Astro Ria akan menyiarkan sebuah program yang diberi nama ‘Kotak TV Special’. Program ini menceritakan tentang perjalanan karier Kotak setelah hampir 10 tahun berada di industri muzik serantau, mengenai album, konsert dan kemasyuran Kotak di Indonesia. Kepada semua peminat Kotak ataupun lebih sinonim dengan panggilan Kerabat Kotak, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Kotak TV Special’ di Astro Ria pada 3 September 2014 (Rabu) jam 10.30 malam.