Rasanya tahun 2016 memang tema warna-warni agaknya. Sebelum ini ada cheese warna-warni, serbuk kilauan pipi highlighter rona pelangi, kiranya semua benda nak warna-warni. Wahhh meriah sangat tau. Ini kopi pelangi, pulak.
Kopi pelangi? Macam mana pulak tu? Segala yang mengenai warna memang sangat comel. Teknik untuk menghasilkan kopi ini dipanggil sebagai ‘free pour latte art’.
Sebenarnya teknik yang menggunakan pewarna ini adalah untuk melatih barista untuk mendapatkan bentuk yang cantik semasa menuang kopi.
Idea ini dicetuskan oleh Mason Salisbury yang mendapat idea untuk mencipta kopi pelangi. Mereka melatih dengan menggunakan samballatte. Memang memerlukan kepakaran dan kesabaran untuk mereka bentuk yang terhasil di atas latte dan ekspresso tersebut. Anda boleh lihat sendiri hasil seni kreatifnya di Instagram.
Comel sangat okay!