Walaupun manfaat kopi telah lama didokumenkan, satu syarikat berpangkalan di Malaysia merevolusikan industri minuman kopi pada tahun 1998 dengan membangunkan teknologi baru yang menekankan aspek kesejahteraan gourmet kopi dengan Ganoderma Lucidum, atau lebih dikenali sebagai Lingzhi.
Selaras dengan objektif Gano Excel untuk menghasilkan kopi kepada semua golongan, kopi berjenama LUVOCO telah dihasilkan dalam tiga variasi berbeza:
- Classico – Rich & Deep adalah direka untuk peminum kopi tegar yang sukakan kopi mereka kuat dan pekat.
- Raffinato – Refined & Distinct direka untuk orang-orang yang sukakan kekuatan sederhana untuk kopi mereka. Didatangkan dalam empat variasi yang berbeza – Hazelnut, Chocolate, Cinnamon dan Vanilla.
- Amoroso – Smooth & Gentle adalah campuran panggang ringan bagi mereka yang lebih sukakan kekuatan kopi yang ringan.
Pecinta kopi akan menghargai pelbagai campuran yang ada, yang pasti tidak mengandungi rasa pahit Lingzhi. Selain itu, aroma kapsul LUVOCO bertahan walaupun sehingga satu tahun setengah dalam simpanan.
LUVOCO adalah ilham Gano Excel Industries, yang juga kebetulan memiliki perladangan organik Ganoderma yang terbesar di dunia, menggunakan teknologi maju dalam penanaman dan pengeluaran Ganoderma yang dipatenkan. Pengerusi pertubuhan itu, Encik Leow Soon Seng adalah perintis dunia dalam penanaman Ganoderma Lucidum.
Manfaat Lingzhi atau Ganoderma Lucidum ini telah secara meluas diketahui lebih daripada 2000 tahun. Di Asia Timur, Lingzhi telah terkenal dengan ciri-ciri perubatan dan kesihatan, menjadikannya salah satu herba yang tertua telah digunakan untuk tujuan perubatan. Banyak penyakit adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi badan disebabkan oleh pengumpulan toksin dalam badan. Ganoderma berpotensi membantu badan untuk membuang toksin dan mengukuhkan sistem pertahanan semulajadi badan.