Tongkat Ali dan Ginseng? Semua ketahui bahawa Alicafe Tongkat Ali & Ginseng adalah minuman yang hanya relevan untuk dinikmati serta dimanfaatkan oleh kaum lelaki dek kerana tumbuhan herba itu sahaja selalu disinonimkan dengan keberkesanannya untuk meningkatkan tenaga batin si pria.
Tetapi sebenarnya, banyak yang anda tidak tahu tentang kebaikan minuman yang lazat lagi berkhasiat ini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, jenama pengeluar rangkaian minuman kopi dan kesihatan POWER ROOT baru sahaja membongkar rahsia di sebalik Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng pracampur 5 dalam 1.
Kita sedia maklum menjadi lelaki bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bila sudah menjadi suami dan ayah. Apa tidaknya, kena perlu banyak tenaga untuk menguruskan hal keluarga, seharian kerja di pejabat, balik rumah bermain dengan anak-anak malah di malam hari masa bersama isteri pula. Setiap hari begini, pasti di akhir hari kian berasa lesu. Jadi, bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang memancing ghairah suami tersayang? Oleh itu, sebagai jalan yang paling mudah, dengan menikmati secawan kopi sahaja sudah memadai untuk bangkitkan kembali tenaga anda sehingga ke tahap optimum.
Alicafe sememangnya telah berjaya memformulasikan pelbagai jenis kopi yang diperkaya dengan bermacam ramuan herba berharga. Tahukah anda, Alicafe Tongkat Ali & Ginseng ini berupaya meningkatkan stamina, menguatkan tubuh serta bisa meningkatkan fokus minda?
Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh Reader’s Digest, kopi adalah petua yang amat menakjubkan. Untuk pengetahuan anda, jika seorang wanita mengambil tiga (3) cawan kopi sehari, ia seolah mengurangkan risiko anda untuk menghidap kanser kulit sebanyak 20%. Jika si lelaki pula mengambil enam (6) cawan kopi sehari, ia berfungsi untuk mengurangkan risiko mereka daripada mati akibat kanser prostat sebanyak 60%. Hebat kan? Namun begitu, cukuplah hanya sekadar satu (1) cawan kopi sehari betul tak?
Ya! Banyak sebenarnya khasiat kopi untuk tubuh badan manusia, lebih-lebih lagi apabila kandungan kopi itu sendiri telah diramu dengan herba kesihatan seperti Tongkat Ali dan Ginseng. Ia sekaligus pasti lebih berkesan untuk memulih serta meningkatkan ketahanan badan anda. Bak kata Faizal Ismail yang merangkap Duta baharu Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng, “Secawan Khasiat, Setiap Kali”.
Seperti juga konsep yang cuba diketengahkan oleh Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng, kedua-dua bahan utama dalam kopi ini merupakan pemangkin kepada khasiat yang luar biasa. Tongkat Ali berfungsi untuk bantu meningkatkan tenaga secara keseluruhan serta mengekalkan fokus minda. Manakala Ginseng pula merupakan bahan antioksidan yang boleh menggalakkan fungsi kognitif dalam badan sebagai perisai diri yang kukuh untuk menentang pelbagai jenis penyakit dan inilah bukti bahawa kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng bukan sebarang kopi, malah ianya adalah kopi luar biasa!
Yang paling penting, bila badan dah sihat, tenaga dah banyak, isteri pun tersenyum lebar.