Sempena perlumbaan Formula One Grand Prix Malaysia pada hujung bulan ini, konsert Twin Towers @Live di Menara Berkembar Petronas, KLCC akan dianjurkan buat kali ketiga.
Insiden Jumaat lalu yang menyaksikan 6 remaja maut akibat pengunaan dadah yang berlebihan ketika menyaksikan Konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil mengundang pelbagai persepsi tentang pengunjung konsert dan ketika rakyat sedang berduka akan kehilangan pesawat MH370. Menurut laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Datuk Razlan, memberitahu bahawa konsert Twin Tower @Live pada 28 hingga 29 Mac ini akan tetap diteruskan sambil menjanjikan pengalaman istimewa buat semua peminat sukan permotoran dunia.
Razlan turut menjelaskan, peminat F1 bukan sahaja akan menikmati kehangatan perlumbaan tetapi juga pelbagai acara menarik yang dirancang sepanjang minggu termasuk konsert Twin Tower @Live 2014.
“Ini tahun ketiga. ini konsert percuma untuk awam. Pada hari Jumaat, kita ada artis seperti Christina Aguilera, Craig David, Rick Astley. Pada Sabtu ni, kita ada artis K-Pop dari Korea,”
Kali ini Konsert Twin Towers Live 2014 akan menampilkan penyanyi sensasi Kpop, Rain bakal membuat persembahan secara live. Ada lagi satu info menarik yang ingin dikongsikan kerana penyanyi hebat dari British, Craig David juga mengesahkan kehadirannya membuat persembahan di Twin Towers@ Live 2014. Penyanyi sensasi Christina Aguilera juga mengesahkan kedatangannya ke Malaysia pada Jumaat 28 Mac ini. Bukan itu sahaja, turut serta juga beberapa artis tempatan yang bakal membuat persembahan seperti Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Illa Damia, DJ Biggie, Oh Chentaku dan juga Irama.