Tidak dinafikan sama ada anda adalah wanita mahupun lelaki, kebanyakan daripda kita pasti mempunyai parut yang mungkin mengingatkan kita kepada masa silam. Bio-Oil, minyak perawatan parut terkemuka tanah air kini bersuara dengan menganjurkan sebuah kempen yang digelar ‘My Scar My Story’, mengajak para wanita diluar sana menyebarkan inspirasi dan solusi mengenai cerita parut mereka melalui laman mikro yang dikelola oleh pihak Bio-Oil di myscarmystory.com.my.
Platform yang baru dilaksanakan ini pasti membantu wanita Malaysia tampil berkongsi ceritera serta jalan penyelesaian yang arif diatas permasalahan yang dihadapi. Ini adalah cara bernas yang ingin dicapai oleh Bio-Oil bagi menyumbang inspirasi berharga kepada wanita-wanita yang lain yang sedang menghadapi tekanan emosi dek kerana masalah parut yang dialami.
Melalui satu kajian yang dilakukan oleh pakar sikologi, lebih 56% wanita yang mengaku menghadapi tekanan dan merasa diri mereka sebagai ‘abnormal’ berikutan masalah parut. Jika dibiarkan, ini mungkin akan menjadi masalah yang lebih serius yang mungkin mempengaruhi si mangsa untuk mengalami tekanan yang melampau serta terjebak dalam bab anti-sosial kerana malu dengan penampilan diri.
“Kempen ‘My Scar My Story’ berfungsi untuk menawarkan cerita-cerita benar mengenai parut yang dikongsi sesama wanita, sekaligus bisa menjadi inspirasi buat mereka yang berada dalam kemurungan”, jelas Low Hooi Wan, Pengurus Bahagian Bio-Oil Malaysia dan Singapura.
Selain itu, Bio-Oil turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Dr Nazirin Ariffin, seorang pakar dermatologi yang didatangkan khas dari Pantai Hospital Kuala Lumpur bagi berkongsi nasihat dan panduan bagaimana untuk mengendali parut dengan cara yang terbaik.
Jelas Dr Nazirin sendiri, kebanyakan pesakitnya menghadapi masalah parut yang serius seperti jerawat batu, Ekzema, dan Psoriasis. Ada juga diantara mereka yang datang mendapatkan bantuan profesional daripada beliau kerana masalah parut yang kritikal seperti kesan terbakar dan kecederaan melampau lain yang disebabkan oleh kemalangan.
Terus gunakan Bio-Oil selama 3 bulan berturut-turut dan lihat keberkesanannya untuk merawat dan memudar parut degil.
Bio-Oil telah terbukti secara klinikal untuk memulih dan memperbaiki pelbagai jenis parut. Mengandungi estrak botanikal termasuk Chamomile, Lavender, Rosemary dan minyak Calendula. Diperkaya dengan Vitamin A dan E serta mempunyai elemen yang bisa menyerap jauh sehingga ke permukaan kulit paling dalam dipanggil minyak PurCelin.
Ia tidak melekit seperti kebanyakan produk lain. Pusat Kajian Dermatologi proDERM Institute di Hamburg, German juga mengatakan, 92% subjek yang menunjukan tindak balas positif terhadap penggunaan Bio-Oil untuk memulih dan memudarkan parut dalam masa 8 minggu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari myscarmystory.com.my. Kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2015. Tiga cerita terbaik akan dipilih dan pemenang akan diberikan ganjaran hebat bagi menikmati pakej percutian mewah di tempat peranginan bertaraf 5 bintang untuk dua orang, bernilai sehingga RM10,000.
Bukan itu sahaja, para pemenang turut akan mendapat sesi khidmat perundingan bersama pakar kulit Dr Nazirin. Malah, 5 cerita terbaik yang akan dinilai setiap minggu jug layak memenangi hadiah sagu hati mingguan.