Pada musim perayaan ini, SK-II telah berkolaborasi artis yang mentransformasikan Facial Treatment Essence kepada wajah baru. Pati kecantikan yang mengandungi lebih 90% PiteraTM kini dibotolkan dengan rekaan khas untuk melambangkan kecantikan berkekalan.
Artis digital Taiwan, Po-Chih Huang – pemenang hadiah utama Taipei Arts Awards 2013 – telah menghasilkan rekaan khas untuk edisi terhad SK-II Facial Treatment Essence dan beliau mentransformasikan rekaan klasik botol Facial Treatment Essence menjadi rekaan artistik. Rekaan ini diilhamkan daripada empat bunga – tulip, freesia, hydrangea dan cypress – untuk menghasilkan perwakilan simbol anugerah kecantikan berkekalan.
Ilham rekaan
SK-II inginkan sesuatu yang unik dan dalam masa yang sama menyokong artis muda dan berbakat. Jadi teknik kreatif terhadap rekaan bunga yang menggambarkan aspek kecantikan yang berbeza –menggambarkan falsafah SK-II yang menyentuh kehidupan wanita melalui keajaiban transformasi. Menggabungkan kecantikan dan sifat malar bunga melalui transformasi, koleksi ini meraikan kecantikan berpanjangan sebagai penghargaan kepada kuasa transformasi PiteraTM.
4 Rekaan Berbeza
Untuk pertama kalinya, koleksi edisi terhad SK-II mengandungi empat rekaan. Setiap rekaan mewakili sudut kecantikan yang berbeza – keghairahan, keanggunan, kasih sayang dan kebijaksanaan – yang meraikan pengguna selain bertindak sebagai ucapan kepada mereka sempena musim perayaan ini.
Keghairahan: Tulip Merah
Bagi wanita yang mencari kejayaan dan kehidupan yang bermakna, rekaan ini menampilkan tulip yang mekar yang melambangkan sifat malar dan kedinamikan. Kelopak bungan menghiasi botol dalam bentuk yang bertenaga – melambangkan kepada keghairahan sebenar wanita.
Keanggunan: Freesia Kuning
Warna kuning freesia menghiasi botol Facial Treatment Essence ini. Dengan kecantikan tersendiri, wangian freesia dan penampilannya yang anggun adalah metafora tepat bagi keanggunan wanita.
Kasih Sayang: Hydrangea Ungu
Dipilih sebagai simbolik kepada sifat penghargaan, hydrangea yang mempersonakan menghiasi botol Facial Treatment Essence ini. Kelopaknya yang lembut serta warna yang menarik memberi sentuhan misteri kepada rekaan ini, sesuai untuk rakan baik yang anda sering ingati.
Kebijaksanaan: Cypress Hijau
Berakar umbi kekuatan dan keabadian, cypress hijau menjalar dengan penuh gaya di sekeliling botol SK-II MEN Facial Treatment Essence. Rekaan halus dedaun hijau ini melambangkan imej tenang, menjadikan ia hadiah sempurna untuk lelaki dalam hidup anda.
Harga
Berikan anugerah kulit cerah berseri pada musim perayaan ini dengan edisi terhad Facial Treatment Essence di semua kaunter SK-II Malaysia mulai 1 Oktober 2014 selagi stok masih ada. Edisi Terhad SK-II Facial Treatment Essence, 215ml adalah sebahagian daripada 4 set perayaan SK-II yang dinamakan SK-II Miracle In A Bottle Set (RM565), SK-II Best Essential Set (RM974), SK-II Revival Deluxe Set (RM1,094) dan SK-II Aura Glow Set (RM1,310).
SK-II MEN Limited Edition Facial Treatment Essence, 215 ml adalah sebahagian daripada SK-II MEN Essential Set (RM784).