FashionValet, destinasi runcit dalam talian yang terkemuka di Malaysia memgumumkan kerjasamanya bersama selebriti terkenal Malaysia, Scha Alyahya. Koleksi ini meraikan kontemporari dengan kepingan elegan yang mencerminkan pendekatan Scha untuk fesyen – moden dan menyeronokkan.
Koleksi yang memaparkan pelbagai warna bold dan pastel ini diilhamkan oleh gaya peribadi Scha sendiri, reka bentuk adalah minimum untuk memancarkan keanggunan moden, penggunaan pelbagai warna serta merta membuatkan koleksi ini bergaya.
Koleksi Scha for FashionValet mempunyai 11 reka bentuk yang menawarkan fleksibiliti dalam memakai. Structured skirts, long sleeved tops, flare sleeved tops, skants – skirt and pants boleh dipakai bersama-sama atau mix n match dengan kepingan peribadi lain dalam mewujudkan rupa yang sesuai.
Scha for FashionValet akan mula dijual di www.fashionvalet.com bermula 2 April 2015 dan berharga antara RM129 – RM159. Terdapat lebih daripada 10 rekaan dan saiz berkisar dari XS ke XXL. Bukan itu sahaja, setiap pembelian juga dilengkapi dengan kad yang ditandatangani secara digital oleh Scha Alyahya.