Jenama beg tangan, kasut dan aksesori ternama, Charles & Keith baru-baru ini selamat melancarkan koleksi menarik bersempena Hari Kekasih 2016.
Menampilkan perincian yang melambangkan rasa cinta, palet rona berani dan terang diserlahkan dalam setiap satu rekaan koleksinya kali ini. Karakter eksentrik seperti rambu-ramba dan pintalan pula dapat dilihat pada rekaan aksesoi seperti gelang dan rantai kunci.
Bukan itu sahaja, sebahagian koleksi ini diserikan pula dengan kehalusan perhiasan metalik sebagai sisi utama rekaan. Koleksi romantis untuk sambutan Hari Kekasih Charles & Keith 2016 ini bakal membawa seribu satu kebahagiaan untuk menghangatkan lagi ceritera cinta anda dan pasangan.
Meriahkan sambutan Hari Kekasih anda dengan koleksi terbaru dari Charles & Keith ini, yang juga boleh dijadikan sebagai bingkisan istimewa untuk orang tersayang! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.charleskeith.com.