Anda pusing kepala tatkala memikirkan hadiah yang sempurna untuk diberi kepada rakan taulan serta kaum keluarga bersempena Hari Natal yang bakal tiba tidak lama lagi? Tak perlu susah hati, banyak rangkaian jenama fesyen terkini yang sedang berebut-rebut untuk menyediakan anda dengan seribu satu pilihan hingga bisa buat anda rambang mata!
Justeru, jenama pakaian sukan wanita FitRebel.com ada jalan penyelesaian yang sempurna untuk anda. Selain menjadikan koleksi mewah daripada FitRebel.com ini senagai hadiah untuk rakan atau ahli keluarga anda yang setiasa mengamalkan cara hidup aktif dan gemar bersukan.
Anda juga boleh memberikan bonus kepada diri anda sendiri kerana rangkain koleksi krismas daripada jenama ini amat sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang santai dan selesa.
Pakej Sukan Luxe Krismas ini adalah unik kerana kebiasaanya pakaian bersukan adalah sangat membosankan, fabrik polos yang tidak bercorak serta rekaannya yang tidak begitu menonjol begitu sinonim dengan kebanyakan rekaan pakaian bersukan yang terdapat di pasaran masa kini.
Bertentangan dengan motto dan matlamat jenama FitRebel.com, mereka mahu menyediakan rekaan yang ceria disamping fabrik yang serap peluh serta bersesuaian untuk aktivii-aktiviti yang memerlukan regangan. Setiap belian Pakej Sukan Luxe Krismas ini akan mempunyai sepasang celana ketat Liquido (leggings) bercorak yang bernilai RM285 bersama bra sukan yang sedondon bernilai RM80.
Berikutan ini adalah promosi istimewa bersempena Hari Natal, anda akan mendapat potongan harga sebanyak 45%! Kerana anda hanya perlu membayar RM250 untuk mendapatkan dua item berkenaan berbanding harga sebenar yang berjumlah RM365. Sungguh berbaloi.
Untuk pengetahuan anda, leggings Liquido sesuai untuk aktiviti yoga tetapi anda juga bisa sahaja mengayakannya tatkala melakukan aktiviti sukan yang lain. Koleksi jenama ini juga telah diketengahkan oleh saluran sukan antarabangsa ESPN sebagai anatra material dan fabrik yang menerapkan ciri keseronokkan disamping produk berprestasi tinggi.
Rekaan coli sukan yang tampak ranggi dan seksi juga boleh menyisipkan gaya fashionista untuk anda yang mahu sesuatu kelainan dalam gaya pakaian bersukan. Diperbuat daripada fabrik nilon/spandeks yang elastik diimport khas, celana ketat Brazil ini adalah sungguh lembut, licin dan halus dan bentuknya tidak akan berubah dari masa ke masa setelah beberapa basuhan sekalipun.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi khas Krismas oleh FitRebel.com, sila layari www.fitrebel.com.