Bulan Ramadan memang ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk beribadah dan menjadi orang yang lebih baik. Bagi wanita, membeli barang keperluan Aidilfitri memang sesuatu yang normal terutamanya pakaian raya baru. Banyak butik di luar dan juga di dalam internet mengeluarkan koleksi pakaian raya bukan sahaja untuk wanita, bahkan lelaki dan kanak-kanak.
Baru-baru ini, jenama fesyen antarabangsa DKNY telah mengeluarkan koleksi pakaian Ramadan Summer 2014 yang digayakan oleh dua wanita Timur Tengah: Yada Golsharifi, editor fesyen Styles Magazine ; dan Tamara Al Gabbani, seorang pereka fesyen di Dubai. Koleksi ini termasuklah dress labuh, skirt, jumpsuit, baju lengan panjang, kot, dan juga jaket kulit. Hasilnya nampak seperti koleksi pakaian yang lebih sopan tetapi segar, dan elegan, dan mungkin menjadi inspirasi bagi wanita Islam yang ingin nampak glamour dan sederhana pada masa yang sama.
Walau bagaimanapun, dari apa yang kami lihat, ada pakaian yang tidak sesuai dipakai oleh wanita muslim dan ia perlu dipadankan dengan tudung ataupun seluar supaya menutup aurat. Skirt labuhnya pula terbelah dan amat tidak sesuai dengan konsep wanita Islam berpakaian semasa bulan Ramadan.
Bagi orang Islam yang bimbang tentang aspek duniawi dan kerohanian ini, adalah penting untuk sentiasa ingat bahawa Islam menggesa keseimbangan dalam semua perkara: selagi seseorang sedang menunaikan kewajipan agama seseorang dalam bulan Ramadan, tidak ada salahnya untuk membeli pakaian yang indah dalam perayaan bulan ini tetapi hendaklah tidak boros dan membazir.