Marc by Marc Jacobs meraikan musim panas dengan The Feeling : filem pendek yang mempamerkan koleksi kacamata musim bungan/panas 2015.
Filem pendek yang diarahkan oleh Matt Lambert memilih Northridge, San Fernando Valley, California sebagai lokasi pengembaraan. The Feeling menampilkan sekumpulan anak muda bersuka ria ketika musim panas sambil menggayakan koleksi kacamata musim bunga/panas 2015 Marc by Marc Jacobs.
Koleksi kacamata ini akan memulakan tour di seluruh Eropah seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat pada musim panas dari Mei hingga Julai.
Cermin mata hitam ini mempunyai bentuk yang berani dalam warna kristal, mengambil inspirasi reka bentuk 70-an dengan elemen kontemporari dan movement. Color palette terdiri daripada shaded blue with blue lenses, shaded pink/yellow with pink lenses, shaded blue/yellow with light blue lenses, classic black with grey shaded lenses dan Havana with brown shaded lenses.
Anda boleh dapatkan koleksi ini di butik Marc by Marc Jacobs, juruoptik mewah dan pusat membeli-belah utama. Koleksi Marc by Marc Jacobs dan bingkai optik dihasilkan dan diedarkan oleh Safilo Kumpulan.