Sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-58 bakal disambut oleh rakyat Malaysia slogan ‘Sehati Sejiwa’ semestinya ramai yang bangga untuk lahir dan menetap di bumi bertuah ini. Walaupun dilanda pelbagai masalah sejak kebelakangan ini, kita tidak harus lupa akan faktor lain yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia.
Diversiti Kaum
Malaysia antara salah satu negara di dunia yang mempunyai kepelbagaian kaum. Secara umumnya, rakyat Malaysia terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, namun negara ini juga dihuni oleh kaum asli, Iban, Bidayuh, Singh Baba Nyonya, Portugis dan banyak lagi. Hidup secara harmoni, masyarakat malaysia menghormati antara satu sama lain dan hidup tanpa mengenal erti perbezaan budaya.
Kemajuan Negara
Sejak merdeka 58 tahun dahulu, kepesatan pembangunan negara adlah pada tahap yang boleh dibanggakan. Tidak hanya tertakluk kepada kehebatan kemajuan senibinanya, ekonomi dan teknologi yang dimiliki Malaysia antara yang termaju di Asia Tenggara malah Malaysia turut menjadi contoh kepada negara lain.
Keindahan Panorama
Tidak disangkal lagi keindahan Malaysia terletak pada lokasinya yang begitu strategik. Lokasi-lokasi pelancongan menarik seperti pulau-pulau serta tempat bersejarah menjadikan Malaysia antara 10 negara yang paling ramai dikunjungi pelancong saban tahun.
Makanan Pelbagai
Kepelbagaian kaum yang menghuni bumi ini mewujudkan kepelbagaian jenis makanan. Selain Nasi Lemak yang juga merupakan makanan kebangsaan, Malaysia juga mempunyai ciri-ciri makanan gabungan beberapa kaum.
Muzik Unik
Bakat muzik di Malaysia telah lama wujud biarpun sebelum merdeka. Muzik tradisional seperti muzik asli, zapin, joget mahupun pop yeh yeh menambah kepada keunikan muzik di Malaysia. Seiring dengan kemajuan yang dihadapi negara, muzik dan artis Malaysia kini lebih bersifat global seperti Yuna yang membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Lokasi Strategik
Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa adalah antara negara yang strategik lokasinya. Tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik, Malaysia terhindar dari gunung berapi dan tidak menghadapi gempa bumi dengan kerap menjadikan Malaysia antara negara yang selamat untuk diduduki.