Seorang gadis dari Ipoh terkejut apabila melihat lelaki yang membantu mengangkat begnya ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Beliau langsung tidak menyangka lelaki budiman itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ).
Jasmine Chan Kit Mun melalui akaun Facebooknya memuat naik gambar selfie bersama KJ yang disertakan keterangan gambar menceritakan kejadian itu.
Menurut Chan, selepas pesawat berkenaan mendarat, beliau cuba menurunkan begnya dari ruang simpanan bagasi dalam pesawat berkenaan.
“Saya memang memerlukan seseorang untuk membantu saya mengeluarkan beg dari tempat letak beg, selepas pesawat mendarat.
“Siapa tahu, lelaki budiman yang membantu saya ialah En YB Khairy Jamaluddin yang menaiki penerbangan kelas ekonomi sama dengan saya,” katanya.
Tambah Chan, selepas menurunkan beg dari ruang simpanan bagasi, Ahli Parlimen Rembau itu membantunya mengangkat beg itu keluar dari pesawat.
Sumber: Facebook jasminechankitmun & The Rakyat Post