Diformulakan untuk individu yang bersungguh-sungguh inginkan kulit yang lembut, terhidrat dalam kepantasan gaya hidup, O’slee yang berasal dari Hong Kong kini mengeratkan kedudukannya di Malaysia dengan pelancaran dua rangkaian produk penjagaan wajah dan kecantikan O’slee — merupakan produk penjagaan kulit secara menyeluruh.
Hak pengedaran produk ini daripada pengasasnya di Hong Kong dimiliki oleh seorang usahawan berusia 25 tahun, Aaron Lee (gambar di atas) yang merupakan Pengarah Bin US Sdn Bhd.
Berikut merupakan dua produk penjagaan kulit yang menakjubkan daripada O’slee:
Rosehip Beauty Solution Ruby Toner
Selain menjadi sumber penghidratan yang baik, pelembap ini juga turut memberikan kesegaran kepada kulit wajah. Ciri-ciri resapan tinggi terkandung dalam air berkelompok digunakan untuk membantu melawan punca utama penuaan: kelesuan. Ia merangkumi kesemua kebaikan semulajadi, keperluan kandungan rosehip dan kacang pis — komponen utama untuk kesegaran kulit dan pengaktifan stem kulit.
Kulit anda akan tampil tegang dan juga cerah selepas menggunakannya. Tambahan pula, ia meninggalkan rasa kulit yang lembut dan juga melawan kerosakan radikal bebas yang menghalang pembentukan kulit pra matang.
Pelembap ini sesuai untuk semua jenis kulit. Selain boleh disapukan kepada muka sebagai salah satu rejim penjagaan wajah, anda juga boleh semburkan sedikit pelembap ini sebelum dan selepas mengenakan solekan. Satu lagi cara untuk menggunakannya adalah dengan melembapkan kapas muka dengan pelembap ini, kemudian letakkan pada wajah untuk dijadikan sebagai mask muka, selama lebih kurang 10-15 minit.
Harga: RM59.90 / 120ml
Lemon Soda Whitening Serum
Serum pemutihan yang kaya dengan Vitamin C ini mempunyai kebaikan kandungan antioksida yang menyekat kelembapan dengan mengembalikan keserian semulajadi untuk kulit lebih jelas sekata dan cerah.
Selain itu, ia turut membekalkan kelembapan mencukupi ke kawasan kombinasi kulit lebih kering, membekalkan keanjalan dan melindungi kulit daripada tekanan harian dan kerosakan.
Serum ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM59.90 / 40ml
Anda boleh dapatkan produk O’slee ini di semua cawangan Guardian Pharmacy seluruh Malaysia. Untuk info lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari O’slee Malaysia.