Tahu-tahu seorang selebriti jelita yang sedang berbadan dua itu kini mengembangkan empayar kosmetiknya kesatu tahap yang lebih masyur dengan menempatkan produknya di pasaran gedung atas talian Lazada Malaysia.
Diana Danielle mengasaskan jenama produk kosmetiknya bersama seorang lagi rakan karibnya, Harveen Dhaliwal yang kini menetap di Kota London. Idea asal tercetusnya untuk mereka menghasilkan produk kosmetik atau alat solek yang diperbuat dari bahan vegan ini adalah kerana ketandusan sumber produk kosmetik yang bebas kimia di sekitar Malaysia.
Kebanyakan produk kosmetik yang berada dipasaran rata-rata mengandungi bahan kimia yang boleh merosakan kulit jika digunakan secara berlebihan dan adalah tidak wajar jika ujian keberkesanan produk dilakukan keatas haiwan yang tidak berdosa.
“Sebagai seorang selebriti yang dikenali, pemakaian alat solek adalah sebahagian daripada rutin harian saya. Oleh itu, saya begitu menitik-beratkan kandungan produk kosmetik yang saya guna. Lahirnya jenama Luxuria Cosmetics ini adalah kerana diri saya yang begitu prihatin terhadap binatang serta kualiti produk dan bahan semulajadi yang harus terkandung dalam produk kosmetik atau alat solek”, jelas pelakon dan model Diana Danielle.
Sejak tahun pengenalannya pada 2012, permintaan jenama itu semakin meningkat terdiri daripada variasi rangkaian asas yang pelbagai termasuk bedak asas mineral, bedak mineral, pembayang mata mineral, pengilat bibir, pemerah pipi (crème blush), maskara dan yang terbaharu adalah bedak asas anti-penuan.
Luxuria Cosmetics adalah produk yang mesra alam dan mesra pengguna berasaskan keutamaan bahan tanpa pewangi (frangrace/perfume-free), bebas paraben, bebas minyak, dan bukan komedogenik.
Lebih memudahkan, dengan penyertaan pasaran Luxuria Cosmetics bersama gedung atas talian terkemuka tanah air Lazada, para pencinta haiwan dan alam semulajadi boleh mengakses ke dunia membeli-belah alam maya bagi mendapatkan produk kosmetik ilham slebriti jelita Diana Danielle.
Bersempena dengan pelancaran Luxuria Cosmetics juga, Lazada Malaysia akan menganjurkan satu peraduan memberi produk Luxuria Cosmetics yang memiliki autograph eksklusif oleh Diana Danielle berserta hadiah menarik yang menanti anda!
Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan Luxuria dan promosi hebat yang lain, sila layari www.lazada.com.my/shop-health-beauty dan www.lazada.com.my/luxuria-cosmetics untuk pembelian produk Luxuria Cosmetics!