Adidas yang merupakan jenama sukan terkemuka di dunia telah melancarkan fasa seterusnya bagi kempen popular mereka iaitu kempen #mygirls di Asia Tenggara. Kempen ini bertemakan minat wanita dalam berlari dan memberi tumpuan kepada satu wawasan utama – wanita dan kanak-kanak di Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat antara satu sama lain untuk mencapai apa yang mereka inginkan di dalam bidang yang mereka ceburi.
Adidas juga turut memanjangkan kempen #mygirls secara online melalui media sosial seperti Instagram yang memaparkan atlet dan penari wanita yang berkongsi rutin harian, matlamat mereka dan mengapa mereka sukakan adidas. Dalam usaha untuk membawa pengguna lebih dengan dan mudah untuk membeli produk adidas yang sesuai untuk mereka, adidas juga berkongsi gambar barangan yang dipakai oleh model dan atlet dan di Malaysia, aktres Sharifah Sakinah yang popular dengan gaya hidup sihat, telah dipilih untuk menggayakan produk sukan adidas.
Anda boleh kongsikan pakaian dan juga fesyen anda dan jangan lupa untuk tag @ADIDASWOMEN + #MYGIRLS . Jik anda bertuah , gambar anda mungkin dipilih untuk tampil di dalam kempen #mygirls
Bagi anda yang ingin mengetahui kempen adidas #mygirls dengan lebih lanjut, layari laman sosial Adidas :
Kami kongsikan video selebriti terkenal Sharifah Sakinah yang berkongsikan pakaian sukan kegemarannya dari jenama Adidas dan anda pun boleh mendapatkannya!
Jom lihat apa yang ada di dalam beg Sharifah Sakinah!